Sharing :

ORANG AWAM BOLEH BERIKAN KOMEN DAN PENDAPAT PADA PUBLIC FIGUR TAK

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Saya sambung pos ini berkenaan status saya tadi. 

Dalam kes Artis A v SISTEM TELEVISYEN (M) BHD & ORS [2000] 4 MLJ 120 

Fakta kes menunjukkan bahawa Artis A telah menyaman stesyen tv ini di atas tuduhan memalukan beliau. 

Stesyen tv ini dalam program Melodi telah menyatakan bahawa Artis A ini telah kecewa dan ‘menangis’ apabila mendapat tahu bahawa Ziana Zain telah berkahwin.  

Ayat tepat yan dinyatakan oleh pengacara dalam program Melodi tersebut adalah “Kau ni nak jadi macam Artis A lah menangis sebab Ziana Zain dah kahwin!”. 

Plaintif telah menuntut bahawa perkataan ‘menangis’ memberikan pandangan kepada orang awam bahawa Artis A diserang histeria apabila Ziana Zain berkahwin dan perkataan ‘menangis’ itu dikatakan telah menghina dan memalukan Artis A tersebut. 

Di dalam kes ini, Hakim Yang Bijaksana telah menolak tuntutan Artis A ini. Hakim memutuskan bahawa, memandangkan Artis A ini adalah figura awam, maka beliau haruslah menerima komen dan reaksi orang awam yang sejajar dengan kemasyurannya. 

Oleh kerana rancangan ‘Melodi’ itu sendiri adalah rancangan hiburan ringan, perkataan-perkataan tersebut adalah diucapkan secara kelakar dan dengan itu tidak memfitnah plaintif . 

Sebarang perkara yang dikemukakan kepada orang awam sehinggakan mengundang kritikan awam adalah dijangkakan. 

Sekian, 

Moga bermanfaat, 

-Liyana the Liyana-