Sharing :

INSPEKTOR POLIS DIHUKUM MATI

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Hari ni kami nak share mengenai suatu kejadian yang terjadi pada tahun 2011 di Keningau Sabah.

 
👉Setelah hampir 10 tahun, akhirnya pembunuh mangsa ke tali gantung juga.
👉 Ceritanya begini, suspek merupakan seorang anggota polis.
👉Menurut suspek pada malam kejadian, suspek sedang tidur bersama teman wanitanya apabila dalam jam 4 pagi begitu ada perompak telah pecah masuk rumah mereka. Setelah berlaku pergelutan, suspek menyatakan bahawa perompak telah menikam suspek di kaki setelah itu menikam dada teman wanita suspek berkali-kali hingga menyebabkan kematian.

👉Hakim Datuk Nurchaya Arshad dalam menyampaikan keputusan, menyatakan bahawa kematian Kartini (mangsa) disahkan oleh Dr Jessie Hiu, seorang ahli patologi yang melakukan bedah siasat mayat Kartini dan juga mengesahkan kematian berpunca dari luka tikam pada dadanya yang menghala ke bawah, memotong otot rusuk, paru-paru kiri, selaput jantung dan menembusi jantungnya dari atas kanan ke bawah.

👉Mahkamah Persekutuan pada 21 Mac 2018 menyatakan bahawa mahkamah mendapati kesan keseluruhan bukti pendakwaan membawa kepada inferens dan kesimpulan bahawa Ahmad Rizal (suspek) adalah pelaku jenayah itu.

👉Ini adalah kerana “Terdapat kekurangan bukti mengenai pembabitan pihak ketiga yang ditegaskan oleh pembelaan, iaitu perompak yang menikam mangsa sehingga mati di samping mencederakan tertuduh.
“Ini disahkan oleh pendapat pakar perubatan (saksi ke-23 pendakwaan) yang mendapati bahawa kecederaan yang dialami oleh tertuduh telah dilakukan sendiri, tiada pihak ketiga terbabit tetapi hanya pergaduhan antara si mati dan tertuduh yang menyebabkan kematian mangsa. Kecederaan yang dikenakan pada si mati yang menyebabkan kematiannya telah disebabkan oleh tertuduh.


😥 Takut admin bila baca case ni sebab tak sangka suspek sanggup bunuh teman wanitanya sendiri. So ladies, bila berjaga-jaga ya dengan lelaki!

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp