Di sebuah pasar raya terkenal di Ipoh, Adam, seorang pekerja senior yang pernah menerima anugerah pekerja terbaik, menghadapi perubahan drastik dalam hidupnya pada tahun 2014 apabila beberapa pekerja wanita membuat aduan mengenai tingkah lakunya.
Aduan dan Siasatan Dalaman
Aina, pekerja baru, mendakwa Adam telah memeluk dan mendokongnya di dalam stor. Sarah pula melaporkan bahawa Adam menyentuh bahunya, manakala Mira mengadu Adam sering menarik tali apron dan menyentuh tangannya. Aduan ini mendorong pengurus, Encik Daniel, menjalankan siasatan yang diketuai oleh Cik Sofia.
Pembelaan dan Keputusan
Adam menafikan tuduhan, mendakwa ia sekadar gurauan. Namun, keterangan konsisten daripada tiga pekerja wanita serta pengakuannya terhadap beberapa perbuatan menyebabkan pihak pengurusan mendapati Adam bersalah atas gangguan seksual. Akibatnya, pada 16 September 2014, Adam diberhentikan kerja.
Mahkamah Perusahaan dan Pengajaran
Adam mencabar pemecatannya di Mahkamah Perusahaan tetapi mahkamah mendapati gangguan seksualnya terbukti. Keputusan pemecatan dikekalkan, menegaskan bahawa gangguan seksual adalah salah laku serius yang menjejaskan kesejahteraan pekerja dan reputasi syarikat. Kes ini menjadi peringatan bahawa setiap pekerja perlu mematuhi etika profesional bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan hormoni.