Diugut dan difitnah oleh business partner?? Jom ikuti kes yang sudah diputuskan oleh mahkamah ini
Cho Youngjin (F) v Lee Say Hin [2022] MLJU 1133, Mahkamah Sesyen Kuching.
Plaintif (Cho Youngjin) berasal dari Korea dan telah berpindah ke Kuching, Sarawak. Dia telah
membuka satu bisnes kecantikan dan melantik Defendan (Lee Say Hin) sebagai ‘business partner’,
yang diperkenalkan oleh pakciknya.
Bisnes mereka berjalan baik sehinggalah berlaku satu konflik. Plaintif menyatakan Defendan
membuat mesej-mesej berunsur seksual dan fitnah terhadapnya di WhatsApp selama lebih
setahun. Defendan menghantar gambar-gambar dan video-video berunsur lucah kepada Plaintif
melalui WhatsApp.
Defendan juga ada mengugut Plaintif untuk tidak membuangnya daripada syarikat kerana Defendan
akan membuat syarikat mereka lingkup dan membatalkan visa Plaintif dan anaknya. Plaintif
kemudian menyaman Defendan di mahkamah dan menuntut gantirugi kerana gangguan seksual,
gangguan, ugutan dan fitnah.
Mahkamah mendapati mesej-mesej Defendan tersebut adalah berunsur fitnah kepada Plaintif.
Mahkamah memerintahkan gantirugi fitnah sebanyak RM50,000.00 untuk Defendan bayar kepada
Plaintif. Selain itu, Mahkamah memberi gantirugi am bagi kesalahan gangguan seksual dan ugutan
sebanyak RM200,000.00.
Sekiranya anda mengalami situasi yang sama, jangan biarkan diri anda ditindas oleh perbuatan
fitnah mereka terhadap anda. Stand for your own right dan tuntut hak anda melalui saluran yang
betul, sahih dan tepat!