Boleh ke saya nak mulakan saman terhadap adik beradik atas sebab fitnah atau berhutang?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

Boleh! Ini adalah dikira sebagai saman fitnah walaupun orang yang memfitnah mempunyai pertalian keluarga dengan kita. Seperti kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2019, Abg Ipar serta kakak kandung telah menyaman adik sendiri kerana telah membuat kenyataan fitnah di social media dan memalukan abang ipar dan kakak sendiri.

Jom ikuti kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini.

Fakta Kes:

Pergaduhan kecil berlaku diantara kedua-dua pihak bermula dengan posting oleh Si Adik (Defendan) yang mendakwa bahawa Kakaknya (Plaintif kedua) berhutang dengan beliau sebanyak RM20,000.00 dan status tersebut telah dimuat naik oleh si Adik di laman Facebook.

Menurut Plaintif, perkataan-perkataan tersebut adalah kata-kata fitnah kerana Defendan tidak menceritakan perkara yang sebenar. Plaintif menuntut daripada Defendan supaya memohon maaf secara terbuka kepada Plaintif tanpa syarat, menyiarkan permohonan maaf terbuka di dalam laman sosial facebook, permohonan maaf atas mesej-mesej melalui whatsapp, mengiklankan permohonan maaf di dalam akhbar harian Bahasa Melayu dan juga gantirugi.

Defendan menghujahkan bahawa dia bukan memfitnah Plaintif- Plaintif namun hanya menuntut semula wangnya. Malahan menurut Defendan, Plaintif-Plaintif yang mencabar Defendan untuk menularkan perkara ini dan menyatakan dia tidak kisah jika ianya ditular.

Elemen pertama saman fitnah yang dibincang. Jom kita ikuti setiap satu elemen-elemen yang dibincangkan di dalam kes ini

ELEMEN PERTAMA:

Adakah kata-kata atau pernyataan Defendan bersifat fitnah?

JAWAPAN:

Setelah meneliti kenyataan yang dikemukakan di laman/posting “facebook” dan dibaca secara keseluruhan di dalam konteks kes ini, Mahkamah berpandangan bahawa, kenyataan itu tidak merupakan satu fitnah kepada Plaintif seperti yang diplidkan di dalam plidingnya.

Melalui keterangan, Plaintif sebenarnya bersetuju wujudnya satu hutang dan Plaintif sanggup untuk membayar hutang tersebut namun dengan budibicaranya. Oleh itu, Mahkamah berpendapat secara tidak langsung Plaintif-Plaintif sebenarnya mengakui bahawa wujudnya hutang yang dimaksudkan namun jumlahnya bukanlah seperti yang dituntut oleh Defendan. Dengan pengakuan Plaintif ini bahawa memang benar Plaintif ada berhutang dengan Defendan, maka Defendan tidak boleh dikatakan memfitnah Plaintif

Elemen kedua saman fitnah yang dibincang

ELEMEN KEDUA:

Adakah kata-kata atau pernyataan Defendan merujuk kepada Plaintif?

JAWAPAN:

Bagi elemen kedua, ini adalah ketara kerana nama Plaintif- Plaintif dinyatakan dan tertera di dalam posting/status facebook dan whatsapp tersebut.

Tambahan dari itu, Defendan mengakui bahawa semasa disoal balas bahawa, orang yang dimaksudkan di dalam posting facebooknya ialah Plaintif-Plaintif. Oleh itu, bagi elemen kedua, Mahkamah berpendapat Plaintif telah berjaya membuktikannya

Elemen ketiga saman fitnah yang dibincang

ELEMEN KETIGA:

Adakah pernyataan atau kata-kata Defendan tersebut telah disiarkan atau disampaikan (published) kepada pihak Ketiga?

JAWAPAN:

Berkenaan dengan elemen ketiga Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa tidak berlaku penerbitan kepada pihak Ketiga. Mahkamah berpendapat, apabila Defendan memuatnaik status ke facebooknya yang ditetapkan untuk tatapan umum, maka anggapan boleh dibuat bahawa ianya telah disebarkan kepada pihak Ketiga. 

Tambahan lagi di dalam kes ini, ada komen-komen yang dibuat di status tersebut. Bagi aplikasi whatsapp elemen ketiga ini gagal dibuktikan kerana ianya disebarkan oleh Plaintif sendiri setelah Plaintif memuatnaik sendiri ke group ahli keluarganya iaitu “Keluarga Mohamad”. Oleh itu, bagi status atau posting facebook jelas pada pandangan Mahkamah bahawa, sebaran kepada pihak ketiga telah berlaku. Justeru, elemen ketiga ini juga telah berjaya dibuktikan.

Kes Adik Beradik Bergaduh Hingga Saman Fitnah? Jom tengok keputusan Hakim.

Kes Nur Riduwan bin Haji Muhamad Ali dan satu lagi lwn Nur Suhaila binti Mohamad                                                                                                                                                                                          [2019] MLJU 485.

KEPUTUSAN HAKIM UNTUK KES INI.

Melalui keterangan, Plaintif sebenarnya bersetuju wujudnya satu hutang dan Plaintif sanggup untuk membayar hutang tersebut namun dengan budibicaranya. Oleh itu, Mahkamah berpendapat secara tidak langsung Plaintif-Plaintif sebenarnya mengakui bahawa wujudnya hutang yang dimaksudkan namun jumlahnya bukanlah seperti yang dituntut oleh Defendan. 

.

Dengan pengakuan Plaintif ini bahawa memang benar Plaintif ada berhutang dengan Defendan, maka Defendan tidak boleh dikatakan memfitnah Plaintif. Setelah perbicaraan penuh dijalankan, Mahkamah memutuskan untuk menolak tuntutan Plaintif dengan kos sebanyak RM5,000.00.

Dapatkan nasihat yang betul sebelum memulakan saman.

Jom dapatkan nasihat guaman dari peguam-peguam kami yang profesional dan penuh dedikasi.

Peguam-peguam kami mempunyai 10 tahun pengalaman dalam menyelesaikan masalah perundangan yang kompleks untuk orang ramai.

“Peguam & Penyelamat Anda” 

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *