BIDANG KUASA AGENSI BERKENAAN TUNTUTAN PUSAKA
Secara amnya, waris boleh memohon membuat tuntutan harta pusaka kepada beberapa agensi, bergantung kepada nilai dan jenis harta yang ditinggalkan oleh si mati:
Mahkamah Tinggi
- Harta melebihi RM2 juta
- Apa jua jenis harta
Amanah Raya Berhad (ARB)
- Harta di bawah RM600,000
- Harta alih sahaja
Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG)
- Harta tak alih sahaja / harta tak alih + harta alih
- Harta di bawah RM2 juta
KAVEAT HARTA PUSAKA?
Konteks: Permohonan surat kuasa mentadbir di Mahkamah Tinggi
Sekiranya waris A tidak berpuas hati dengan tuntutan pusaka yang dibuat oleh waris B, waris A boleh memfailkan kaveat harta pusaka bagi menghalang geran surat kuasa mentadbir dikeluarkan.
Jika geran tersebut telah dikeluarkan, kaveat akan bertindak sebagai penghalang kepada waris B agar tidak membuat sebarang transaksi atau urusan di agensi-agensi yang terlibat, seperti mengeluarkan duit di bank simpanan milik si mati.
Makluman perlu dibuat kepada agensi-agensi yang berkaitan dengan harta-harta peninggalan si mati.
TUGAS SEORANG PENTADBIR HARTA PUSAKA
Antara tugas-tugasnya adalah:
• Memohon surat kuasa mentadbir bagi mendapatkan kuasa untuk mentadbir harta pusaka si mati.
• Mengenal pasti aset milik si mati dan mentadbir asset tersebut sebaiknya.
• Menyelesaikan hutang jika ada kepada pihak-pihak yang berkaitan.
PENGURUSAN HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH TINGGI
Apabila si mati meninggalkan harta melebihi RM2 juta, tuntutan perlu dibuat di Mahkamah Tinggi.
Terdapat 2 peringkat yang diperlu disempurnakan (MANDATORI) iaitu:
1. Permohonan mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir; dan
2. Permohonan untuk membuat Pembahagian
KES MAHKAMAH – TUNTUTAN ISTERI TERHADAP HARTA PUSAKA
Jamilah lwn Mira dan Fazlan [2019] MLJU 2131 (bukan nama sebenar)
Kes ini adalah berkenaan permohonan surat kuasa mentadbir oleh Jamilah berkenaan harta pusaka arwah suaminya iaitu Aiman. Mira adalah anak Jamilah dan Fazlan adalah adik arwah.
Salah satu isu yang timbul adalah Jamilah memasukkan harta peninggalan arwah bapa Aiman iaitu Samad dalam tuntutan harta pusaka Aiman. Harta ini masih atas nama Samad dan belum dipindahmilik kepada Aidil.
Mahkamah memutuskan tuntutan pusaka berkenaan harta peninggalan arwah Aiman tidak boleh dimasukkan harta peninggalan arwah Samad. Ini kerana hanya harta yang berdaftar atas nama Aiman sahaja yang boleh dituntut.
DA ISU KELUARGA BERKENAAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA?
Tak tahu nak selesaikan macam mana?
Dapatkan khidmat guaman daripada peguam profesional kami yang sudah berpengalaman 10 tahun! Hubungi kami sekarang!
Hubungi kami untuk set janji temu: