Skip to main content

Liyana & Co.

Joint Venture Gagal. Dah Keluar Jutaan Ringgit. Boleh Claim Semua Balik?

 

Not without proof.

Dalam satu kes di Federal Court, dua pihak memasuki Joint Venture Agreement untuk membangunkan sebuah airport di atas tanah milik salah satu pihak.
Deal tersebut akhirnya tidak berjalan seperti dirancang.

Mahkamah sebelum itu mendapati kedua-dua pihak gagal memenuhi certain conditions precedent, dan agreement tersebut dibatalkan. Salah satu pihak kemudian cuba mendapatkan semula development costs yang dikatakan telah dibelanjakan sepanjang project tersebut.

Pada satu peringkat, jumlah damages yang dinilai melebihi RM24 juta.
Tetapi Court of Appeal kemudian mengetepikan award tersebut, dan pertikaian sampai ke Federal Court.

Federal Court kembali kepada satu principle yang sangat basic tetapi selalu dilupakan dalam commercial claims:
Kalau anda claim kerugian, anda mesti prove kerugian itu.
Bukan sekadar tunjuk project pernah berjalan.
Bukan sekadar kata “kami dah spend banyak”.

Claimant perlu membuktikan bahawa expenses tersebut memang telah incurred, jumlahnya boleh dibuktikan, dan ia benar-benar termasuk dalam category yang boleh dituntut di bawah agreement.

Dalam kes ini, Court juga mengambil kira bahawa beberapa commercial activities telah bermula tanpa approvals yang diperlukan di bawah agreement.

Tetapi akhirnya, isu paling fundamental tetap sama:
Loss must be proven – both its existence and its amount.

Untuk business owners, ini especially relevant dalam JV atau development projects.

Bila project collapse, jangan hanya kumpulkan invoices selepas dispute dah bermula.

Documentation of payments, approvals, scope of work dan contractual entitlement sepatutnya dijaga sepanjang project berlangsung.

Sebab bila sampai Court, “kami memang rugi” bukan evidence.

The larger the claim, the more important the paper trail.