Satu tuduhan.
Itu saja yang diperlukan untuk mengubah hidup seseorang, terutamanya jika ia disebarkan kepada orang ramai.
Dalam kes ini, seorang ahli perniagaan terlibat dalam pertikaian bayaran dengan pihak subkontraktor.
Kes bayaran itu sendiri masih belum selesai di mahkamah.
Tetapi sebelum mahkamah sempat tentukan siapa betul, siapa salah…
satu kolaj WhatsApp mula tersebar dalam group perniagaan yang mempunyai lebih 200 orang ahli.
Dalam kolaj itu, beliau digambarkan seolah-olah:
tak bayar subkontraktor,
guna duit orang untuk kepentingan sendiri, dan lebih serius, seolah-olah merasuah seseorang untuk
melambatkan kes mahkamah.
Client baca.
Business circle baca.
Orang mula judge.
Sedangkan tuduhan itu belum pun dibuktikan.
Mahkamah akhirnya memutuskan bahawa posting tersebut adalah fitnah.
Defendan diperintahkan membayar RM200,000, membuat permohonan maaf awam dalam The Star,
dan dilarang menerbitkan semula kenyataan yang sama.
Kadang-kadang, fitnah tidak perlukan satu negara untuk percaya.
Sebab itu bila nama, maruah dan kredibiliti anda mula diserang, jangan tunggu sampai semuanya terlambat.
– Simpan bukti.
– Jangan balas ikut emosi.
– Dapatkan nasihat guaman.
– Satu fitnah boleh mengubah hidup seseorang.
Hubungi kami untuk mendapatkan slot konsultasi. Tekan link di bio atau hubungi kami di 012-364 0086
RUJUKAN KES: Tan Sri Dato’ Naren a/l Elangovan v Nataraj a/l Muniandy (Bukan Nama Sebenar) [2022] MLJU 2424