Skip to main content

Liyana & Co.

Sambil Menyelam, Minum Kopi

 

“Pujuk lah boss beli yang ni, saya bagi komisen kalau company awak beli!”

Sambil menyelam, minum kopi.

Dua pekerja kanan ingat “duit kopi” daripada vendor ini benda kecil.

Sekadar komisen.

Sekadar side income.

Sekadar “orang takkan tahu.”

Tapi bila syarikat mula perasan vendor yang sama asyik menang tender, dan harga pula naik 30%

sampai 100% lebih tinggi daripada vendor lain…

Di situlah cerita mula terbuka.

Rupanya ada hubungan peribadi.

Ada urusan hartanah bersama vendor.

Ada spreadsheet.

Ada pembahagian keuntungan rahsia.

Bukan satu fail.

Bukan dua fail.

Hampir 400 fail spreadsheet.

Mereka dibuang kerja kerana salah laku.

Mereka ingat habis setakat itu.

Tapi syarikat tidak berhenti di situ.

Syarikat saman semula untuk tuntut keuntungan rahsia dan kerugian akibat pelanggaran kontrak pekerjaan.

Akhirnya?

Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas pekerja-pekerja ini membayar hampir RM3.5 juta kepada syarikat.

Sebab dalam dunia kerja, terutamanya bila anda pegang jawatan kanan atau ada kuasa pilih vendor,

kewajipan fidusiari bukan perkara yang boleh diambil remeh.

Kalau anda majikan yang mengesyaki pekerja melanggar kewajipan fidusiari atau mempunyai hubungan

yang membawa kepada konflik kepentingan, dapatkan nasihat guaman segera.

Tekan link di bio atau WhatsApp 012-364 0086 untuk slot konsultasi.

 

#LiyanaTheLawyer

#LiyanaAndCo

#UndangUndangMalaysia

#EmploymentLaw

#FiduciaryDuty