Seorang suami menyaman isterinya sendiri kerana fitnah.
Bukan sebab posting Facebook.
Bukan sebab video TikTok.
Bukan juga sebab mesej dalam WhatsApp group.
Tetapi kerana isterinya membuat aduan rasmi kepada Malaysian Institute of Accountants dan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Suami tersebut merupakan akauntan bertauliah dan setiausaha syarikat. Mereka juga memiliki sebuah pusat
tuisyen bersama, tetapi hubungan perkahwinan dan urusan perniagaan mereka mula retak.
Kemudian, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan si suami menuntut kira-kira RM277,921.06 daripada pusat tuisyen tersebut.
Si isteri terkejut.
Beliau mendakwa jumlah itu tidak dijelaskan dengan terang dalam akaun syarikat, dokumen sokongan tidak diberikan
dengan memuaskan dan angka yang dituntut pula berubah-ubah.
Jadi, beliau membuat aduan melalui saluran rasmi kepada MIA dan SSM supaya perkara itu disiasat.
Kedua-dua aduan tersebut akhirnya ditolak.
Tiada tindakan disiplin diambil terhadap si suami.
Si suami kemudian menyaman isterinya atas fitnah kerana mendakwa aduan itu telah mencemarkan reputasi profesionalnya.
Tetapi Mahkamah menolak saman tersebut.
Kenapa?
Kerana aduan itu dibuat kepada badan kawal selia yang mempunyai kuasa undang-undang untuk menerima, menyiasat
dan mengambil tindakan terhadap salah laku profesional.
Mahkamah memutuskan bahawa aduan tersebut dilindungi oleh prinsip absolute privilege.
Maksudnya, seseorang yang membuat aduan melalui saluran rasmi kepada pihak berkuasa tertentu boleh mendapat perlindungan penuh daripada saman fitnah. Malah, apabila absolute privilege terpakai, tuntutan fitnah masih
boleh gagal walaupun kenyataan itu didakwa palsu, cuai atau dibuat dengan niat jahat.
Mahkamah juga mendapati si isteri mempunyai kebimbangan yang benar-benar dirasainya pada ketika itu.
Beliau bukan akauntan.
Sepanjang perniagaan mereka berjalan, urusan kewangan dan dokumen syarikat diuruskan oleh suaminya.
Apabila tuntutan hampir RM278,000 muncul, beliau cuba mendapatkan penjelasan dan dokumen sokongan.
Hakikat bahawa MIA dan SSM menolak aduan itu tidak secara automatik bermaksud aduan tersebut palsu atau
dibuat dengan niat jahat.
Akhirnya, saman fitnah si suami ditolak sepenuhnya.
Beliau turut diperintahkan membayar kos RM40,000 kepada isterinya.
Pengajaran daripada kes ini?
Aduan yang tidak berjaya belum tentu satu fitnah.
Tetapi perlindungan ini bukan lesen untuk menuduh seseorang sesuka hati di media sosial.
Ada perbezaan besar antara membuat aduan secara sulit melalui saluran rasmi dengan menyebarkan tuduhan
kepada orang ramai.
Bila ada isu salah laku profesional, gunakan saluran yang betul.
Jangan jadikan Facebook, TikTok atau WhatsApp sebagai “mahkamah” anda sendiri.
Rujukan kes: Chong Ee Peng v Chua Pei Shan (Bukan Nama Sebenar) [2025] MLJU 4065