Kadang-kadang paling sakit bukan bila bisnes gagal. Tapi bila orang yang kita percaya… rampas hasil usaha sendiri. Akaun media sosial ditukar password, supplier contact semua hilang, client pula ditarik ke pihak sana. Soalan yang selalu timbul: boleh ke tuntut balik? Minggu ni kita akan bongkar isu ni satu persatu. Stay tuned.
“Nama syarikat atas dia seorang. Kau masih ada hak?”
Ramai tak tahu, status pendaftaran syarikat tentukan segalanya. Kalau Enterprise dan nama hanya seorang, memang dia dianggap owner tunggal. Tapi kalau daftar PLT atau Sdn. Bhd., undang-undang akui hak partner mengikut shareholding atau partnership agreement. Jadi sebelum give up, semak dulu bentuk pendaftaran bisnes kau. Kadang jawapan ada kat situ.
“Nama tak ada. Tapi modal, idea semua kau punya.”
Tak semestinya sebab nama kau tiada dalam SSM, terus hilang hak. Kalau ada bukti jelas kau yang sumbang modal, uruskan marketing, bayar supplier, atau develop strategi bisnes — semua tu boleh jadi asas tuntutan di mahkamah. Undang-undang ada prinsip seperti resulting trust atau unjust enrichment, yang boleh lindungi orang yang dipergunakan. Kuncinya: simpan bukti.
“Ex kebas semua client. Kau tak boleh buat apa-apa?”
Ramai fikir client bebas pergi mana saja. Betul — tapi kalau ex guna database pelanggan, supplier list, atau strategi confidential yang dibina masa kau masih partner, itu boleh jadi isu undang-undang. Dalam kes tertentu, ia jatuh bawah breach of confidence. Benda yang kau bina bertahun, tak boleh sesuka hati ditarik keluar tanpa consequence.
“Logo, nama brand…Siapa sebenarnya punya?”
Brand bukan sekadar nama — ia identiti, reputasi, dan trust yang kau bina. Kalau logo atau trademark tu kau yang cipta, daftar segera supaya dilindungi undang-undang. Tanpa pendaftaran, kau mungkin kena fight susah payah kalau ex guna. Tapi kalau dah daftar, undang-undang bagi kuasa untuk hentikan penggunaan, malah saman atas passing off atau pelanggaran cap dagangan.