Bila Kesetiaan Dibalas Dengan Paksaan Berhenti Kerja

Anak guam saya dah lama bekerja di sebuah universiti swasta. Bertahun-tahun dia curahkan tenaga, idea, dan kesetiaan. Macam ramai pekerja lain, dia percaya kalau kita setia pada majikan, majikan akan hargai kita kembali.

Tapi satu hari, segalanya berubah. Dia dipanggil jumpa pengasas universiti. Tiada surat rasmi, tiada alasan jelas. Dan soalan pertama yang keluar cukup mengejutkan:

“Kenapa tak pernah datang berjumpa saya selama ni?”

Seolah-olah kesetiaan bertahun-tahun tidak bermakna hanya kerana dia tidak “masuk bilik bos”.

Beberapa hari kemudian, datang pula kata-kata yang lebih menikam hati:
“Skill awak dah tak relevan. Kita boleh ganti dengan orang lebih muda.”

Bayangkan, selepas berpuluh tahun berkhidmat, dia dilabel “tak relevan”. Kata-kata itu menghancurkan semangatnya.

Dan lebih teruk, keesokan harinya dia diarahkan untuk menulis surat berhenti kerja. Bukan pilihan sendiri, tapi paksaan. Tanpa notis. Tanpa proses tatatertib. Tanpa peluang untuk membela diri. Dia dipaksa tunduk — diletakkan dalam keadaan tiada pilihan.

Ya, di atas kertas nampak macam dia “berhenti sendiri”. Tapi hakikatnya, itu bukan keputusan sukarela. Itu tekanan. Itu paksaan.

Dalam undang-undang pekerjaan, situasi ini dipanggil constructive dismissal — bila majikan mencipta keadaan yang memaksa pekerja meletak jawatan, ia sama kesannya dengan buang kerja secara salah.

“Paksa pekerja berhenti” bukan cara majikan boleh cuci tangan. Undang-undang ada untuk lindungi pekerja. Sebab setiap orang berhak dilayan dengan adil, bukan dihina, bukan ditolak tepi hanya kerana umur, dan bukan dipaksa keluar tanpa maruah.

Keadilan perlu ditegakkan. Sebab pekerja bukan sekadar “nombor” yang boleh diganti sesuka hati. Mereka manusia, ada harga diri.

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment