3 CARA BAGAIMANA SCAMMER AKAN MEMPERDAYAKAN ANDA
Sharing :
3 CARA BAGAIMANA SCAMMER AKAN MEMPERDAYAKAN ANDA
Liyana The Lawyer
Kali ini saya nak kongsikan tiga cara bagaimana seorang scammer akan cuba memperdayakan anda melalui payment. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan juga client-client saya.
Cara pertama adalah mereka ini suka acah-acah urgent dan nak engage servis anda ‘ON AN URGENT BASIS”. Yang kelakarnya bila diminta buat payment, dia akan lengah-lengahkan atau membayar guna CHEQUE.
The best part is, cheque baru bank in dan masih floating nanti si scammer ni akan push-push anda untuk siapkan kerja anda padahal cheque tak clear lagi. Di sini JANGAN SESEKALI MEMULAKAN KERJA SELAGI CHEQUE TERSEBUT MASIH BELUM CLEAR!
’Floating’ sahaja tidak semestinya cheque tersebut akan dijamin clear. Lazimnya cheque tersebut akan ditendang atau di cancel floating status tersebut oleh Pembuat Cheque.
Second Warning Sign dan Red Flag adalah Si Scammer ini akan cuba memperdayakan anda dengan membuat IBG transfer atau RENTAS.
Dalam banyak-banyak payment yang boleh dibuat secara senang iaitu melalui INSTANT TRANSFER, si scammer akan cuba membuat anda sedap hati dengan memberi resit IBG atau RENTAS dan menyatakan bahawa payment will be cleared within a few days.
Ahahs. Ini semua palsu. Macam apa yang berlaku kepada seorang client yang datang consult dengan saya, beliau menjual 500 carton susu. Susu sedang dimasukkan dalam lori dan orang yang menempah itu memberi slip payment melalui IBG transfer.
Jadi penjual susu ni pun lepaskan lah susu tersebut keranan disangka payment dah masuk. Akhirnya penjual susu ni sedar beliau ditipu oleh scammer maka dia kerugian dalam RM92,000.00. Nak saman pula dah takde modal nak lantik peguam. Buat laporan polis pun tak dapat duit beliau balik.
Red Flag Ketiga adalah apabila si scammer ini menyuruh anda masukkan payment ke dalam akaun orang lain yang tidak kena mengena dengan transaksi tersebut.
So watch my video to learn how to be smarter and outsmart scammers!
-Liyana the Lawyer-