UNDANG-UNDANG YANG MELINDUNGI JALUR GEMILANG
Sharing :
UNDANG-UNDANG YANG MELINDUNGI JALUR GEMILANG
Liyana The Lawyer
Jalur gemilang merupakan lambang kebanggaan negara.
Wujudnya undang-undang khusus untuk melindunginya.
Antara undang-undang yang wujud adalah:
👉 Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, yang memperuntukkan bahawa seseorang yang menjual atau menggunakan Jalur Gemilang atau apa-apa tiruan yang serupa dengannya bagi tujuan perdagangan dan perniagaan atau menggunakannya di dalam cap dagangan tanpa mendapat keizinan bertulis menteri boleh didakwa.
🧑⚖️Jika disabitkan kesalahan menurut seksyen tersebut, maka seseorang itu boleh dikenakan denda sehingga RM12,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
🔴Oleh itu, hormatilah dan jangan salah menggunakan bendara negara kita!
💐 Hubungi kami di talian 0123640086 atau 0123647290.