“Saya telah difitnah di Media Sosial. Apakah langkah yang perlu saya buat jika nak ambil tindakan?”

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

  1. Simpan Bukti Simpan segala bukti yang ada sebelum dipadamkan (Screenshot). Kadangkala ada status dipadamkan dalam beberapa hari mungkin kerana pelaku telah dinasihatkan oleh pihak tertentu.
  2. Buat laporan polis Buat laporan polis sebagai cover report untuk tindakan selanjutkan di Mahkamah Sivil.
  3. Ambil tindakan sivil Jumpa peguam dan dapatkan nasihat guaman sama ada, bukti-bukti anda itu cukup untuk memulakan tindakan di mahkamah. Biasanya anda boleh mulakan dengan menghantar Notis Tuntutan.

“Macam mana saya nak mulakan tindakan dengan Notis Tuntutan?

Secara kebiasaannya, langkah pertama untuk tindakan saman sivil adalah dengan memberikan Notis Tuntutan kepada orang yang telah memfitnah anda di media sosial dan seterusnya menuntut Langkah-langkah berikut:

  1. Membuat permohonan maaf secara terbuka;
  2. Memadam dan/atau menarik balik pernyataan berbaur fitnah tersebut; dan
  3. Membayar ganti rugi bagi kecederaan dan/atau kerosakan terhadap reputasi anda, dalam tempoh yang dinyatakan.

“Elemen-elemen yang perlu dipenuhi untuk mengambil tindakan Saman fitnah”

(a) plaintif mesti menunjukkan bahawa pernyataan itu mempunyai imputasi fitnah;
(b) pernyataan itu mesti merujuk kepada atau mencerminkan reputasi plaintif; dan
(c) pernyataan itu mestilah telah diterbitkan kepada orang ketiga oleh defendan.

“Saya ada menerima notis tuntutan. Apa yang saya perlu buat ye? Saya sangat buntu”

Sekiranya anda telah menerima Notis Tuntutan daripada mana-mana firma guaman, jangan abaikan notis tersebut dengan harapan mangsa akan terus melupakan insiden yang telah berlaku tanpa sebarang tindakan lanjut.

Sekiranya anda abaikan Notis Tuntutan tersebut, mangsa fitnah tersebut berhak untuk meneruskan kes tersebut dan failkan saman di Mahkamah tanpa anda dapat menyatakan pendirian dan/atau penjelasan atau pembelaan anda terlebih dahulu. Jadi jangan abaikan notis tuntutan yang anda terima.

“Fakta Kes: Ahmad Sabri & Anor v Nur Amirah

Pada 24 Jun 2019, defendan menyiarkan beberapa kenyataan di akaun Twitter defendan di mana kenyataan tersebut didakwa merujuk kepada plaintif. Plaintif merayu bahawa lima kenyataan telah dibuat oleh defendan dan berpendapat bahawa kesemua lima kenyataan mempunyai kecenderungan memfitnah (secara kolektif, ‘penyiaran yang disangkal’). Rentetan itu, plaintif telah memfailkan tuntutan ini terhadap defendan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“KEPUTUSAN HAKIM UNTUK KES TERSEBUT”

Sebagai rumusan, mahkamah mendapati bahawa plaintif telah membuktikan bahawa posting yang dipertikaikan adalah memfitnah mereka. Defendan tidak mempunyai pembelaan yang sah dalam penerbitan siaran yang dipertikaikan. Oleh itu, tuntutan plaintif dibenarkan seperti berikut:

(a) Jumlah global RM15,000 perlu dibayar oleh defendan kepada setiap plaintif.
(b) Permohonan maaf secara terbuka dan tidak berbelah bahagi atas terma yang akan diluluskan oleh plaintif hendaklah disiarkan pada akaun Twitter defendan dan laman rangkaian sosial lain yang ditetapkan oleh plaintif dan boleh diakses oleh orang ramai.
(c) Injunksi untuk menghalang defendan daripada menyiarkan lagi kenyataan fitnah pertama, kenyataan fitnah kedua, kenyataan fitnah ketiga, pernyataan fitnah keempat, dan kenyataan fitnah kelima dan/atau mana-mana fitnah dan/atau niat jahat sedemikian.
(d) Kos sebanyak RM30,000 (tertakluk kepada alokatur) perlu dibayar oleh defendan kepada plaintif.

ANDA TERIMA SURAT SAMAN?

Jom dapatkan nasihat guaman dari peguam-peguam kami yang profesional.

Peguam-peguam kami mempunyai 10 tahun pengalaman dalam menyelesaikan masalah perundangan yang kompleks untuk orang ramai.


“Peguam & Penyelamat Anda”


Hubungi kami di talian:
https://wa.me/60123640086

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *