Sharing :

PERKONGSIAN JENAYAH SIBER #1

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Ini adalah perkongsian mengenai kes #jenayahcyber.

Salam sejahtera kepada anda semua, dalam kes:-

PP v Nur Shila Kanan & satu lagi (2015) ; Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed & satu lagi v PP [2016]6 (CLJ 422 (Mahkamah Tinggi).

 

Nur Shila, 34 merupakan seorang pegawai Bank & suaminya, Basheer, 34 yang merupakan seorang mekanik telah dituduh mengalihkan & mengeluarkan RM85,180 dari akaun 3 orang penumpang & 1 cabin crew yang merupakan mangsa tragedy MH370.

 

Modus Operandi adalah dengan menggunakan kad debit mangsa-mangsa tersebut di mesin-mesin ATM dan memindahkan wang menggunakan akses internet yang tidak dibenarkan, mencuri wang menggunakan pemindahan wang secara cash deposit & menghantar dokumen-dokumen palsu untuk memohon kad debit baru.

 

Mereka dituduh seksyen 379,417 & 471 kanun keseksaan & juga seksyen 4(1)(a)- Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563)

 

[HUKUMAN]

Nur Shila dikenakan sebanyak 12 pertuduhan manakala suaminya dikenakan sebanyak 4 tuduhan. Mereka mengaku bersalah.

 

[KEPUTUSAN HAKIM]

Keputusan Hakim Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada 21.5.2015 :


Nur Shila;-

10 bulan hingga 6 tahun penjara untuk setiap pertuduhan

Basheer;-

2 tahun penjara& sebatan rotan sekali bagi pertuduhan pertama.

2 tahun penjara & sebatan rotan sekali bagi tuduhan kedua.

3 tahun penjara & sebatan rotan untuk pertuduhan ketiga

4 tahun penjara & sebatan rotan sebanyak sekali untuk tuduhan ke-4.


Mereka berdua merayu untuk menarik balik pengakuan bersalah..

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16.5.2016 :-

Menolak Rayuan.

Memerintahkan Basheer untuk ditambah hukuman bagi pertuduhan ke-4 kepada 6 tahun penjara 2 kali sebatan dan juga denda sebanyak RM8000 .

Memerintahkan hukuman Nur Shila bagi pertuduhan ke-12 ditambah kepada 7 tahun penjara & denda sebanyak RM7000. Mereka berdua akhirnya hanya perlu menjalani 6 tahun bagi basheer & 8 tahun penjara bagi shila kerana hakim memerintahkan untuk hukuman-hukuman mereka berjalan serentak bagi kesemua tuduhan .

 

Sekian, moga bermanfaat.