Penggunaan identiti palsu merupakan suatu kesalahan yang serius.
Dari sudut undang-undang, ianya tergolong sebagai penyamaran (impersonation), yang diklasifikasikan sebagai satu bentuk penipuan.
➡️ Penyamaran = menyamar sebagai individu lain dengan tujuan memperdaya pihak tertentu.
➡️ Sekiranya perbuatan ini dilakukan untuk mengelirukan pihak Plaintif atau menghalang penyampaian saman, ianya boleh dikenakan tindakan undang-undang yang berat.
SENGAJA MENGELAK TERIMA SAMAN: BAGAIMANA MAHKAMAH TERUSKAN KES?
Sekiranya seseorang individu sengaja mengelak daripada menerima saman, Mahkamah mempunyai kuasa untuk mengarahkan penyampaian ganti (substituted service) – contohnya melalui tampalan notis di premis, pengiklanan di akhbar, atau penghantaran ke alamat terakhir diketahui.
⚖️ Kes masih boleh diteruskan walaupun tanpa kehadiran Defendan.
📌 Ia boleh membawa kepada Penghakiman Ingkar (Judgment In Default) tanpa kehadiran atau pembelaan Defendan.
GUNAKAN NAMA PALSU DALAM DOKUMEN MAHKAMAH – BOLEH DIDAKWA JENAYAH?
Perbuatan menggunakan identiti atau nama lain untuk mengaburi proses Mahkamah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 416 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan menipu dengan jalan samaran.
📌 Hukuman: Penjara sehingga 7 tahun dan/atau denda.
➡️ Ia tetap merupakan satu kesalahan walaupun tidak berlaku kerugian kewangan, asalkan terdapat niat untuk memperdaya atau menyekat proses keadilan.
DISAMAN ATAS NAMA SENDIRI TETAPI KESALAHAN DILAKUKAN OLEH PIHAK LAIN?
“Nama saya dalam saman, tapi saya tak buat apa-apa?”
Isu penyalahgunaan identiti semakin berleluasa, terutamanya dalam urusan digital. Sekiranya seseorang disaman atas nama mereka sendiri, namun tiada penglibatan langsung dalam kesalahan, Mahkamah akan menilai beban pembuktian secara adil.
PENYAMARAN DALAM PLATFORM DIGITAL – ANDA MASIH BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG
Menggunakan identiti palsu di dalam platform dalam talian seperti Grab, Shopee, Airbnb atau aplikasi e-Wallet tidak menjadikan anda kebal daripada undang-undang.
📌 Setiap transaksi digital menyimpan rekod IP address, lokasi, nombor telefon, dan log pembayaran yang boleh dijejaki.
➡️ Kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah:-
- Akta Jenayah Komputer 1997
- Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
PENDAKWA RAYA v ANUAR BIN ZAKARIA [2024] 3 MLJ 445 (BUKAN NAMA SEBENAR)
Dalam kes ini, OKT telah diarahkan untuk menyamar dalam satu perbicaraan jenayah dengan niat untuk memperdayakan hakim bahawa OKT adalah tertuduh sebenar kes tersebut.
Tindakan OKT itu membawa kepada sabitan kesalahan menipu dengan jalan samaran yang boleh dihukum di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 7 tahun dan/atau denda. OKT dijatuhkan hukuman 6 bulan penjara.
DAPATKAN NASIHAT GUAMAN BERKENAAN KESALAHAN PENYAMARAN!
Jom dapatkan khidmat guaman daripada peguam profesional kami yang mempunyai 12 tahun pengalaman! Hubungi kami sekarang!
Hubungi kami untuk set janji temu: