Seorang peguam dilantik untuk menyiasat dakwaan penyelewengan kira-kira RM250,000 di sebuah kondominium.
Namun, apabila nasihatnya tidak dipersetujui, hubungan antara peguam dan jawatankuasa pengurusan mula retak.
Selepas khidmatnya ditamatkan, pihak pengurusan menyebarkan kenyataan yang menggambarkan peguam
tersebut sebagai tidak profesional, kasar dan memberikan maklumat tanpa bukti.
Kenyataan itu bukan sekadar dibincangkan sesama mereka.
Ia dihantar kepada badan profesional, pihak berkuasa dan diedarkan kepada ratusan penghuni.
Mahkamah memutuskan kenyataan tersebut memfitnah dan memberikan peguam itu ganti rugi sebanyak RM25,000.
Tetapi ceritanya belum habis.
Pihak pengurusan pula membuat tuntutan balas kerana peguam tersebut menulis dalam WhatsApp group penghuni dan menuduh mereka:
– Menyalahgunakan kuasa.
– Melindungi penyelewengan.
– Berbohong dan memanipulasi keadaan.
– Bertindak menyalahi undang-undang.
Mahkamah melihat tuduhan itu sebagai lebih serius kerana ia membawa gambaran bahawa pihak pengurusan
terlibat dalam perbuatan jenayah.
Akhirnya, empat orang defendan diberikan RM25,000 seorang.
Jumlah counterclaim: RM100,000.
Peguam itu juga diarahkan keluar daripada WhatsApp group penghuni dan perlu membayar perbezaan kos sebanyak RM65,000.
Pengajarannya?
Anda boleh menjadi mangsa fitnah dan pelaku fitnah dalam kes yang sama.
Difitnah terlebih dahulu bukan lesen untuk membalas dengan tuduhan yang tidak dapat dibuktikan.
Emosi, membawa kepada sesuatu yang tidak diingini.
Satu mesej mungkin mengambil masa beberapa saat untuk ditaip.
Tetapi akibatnya boleh berlarutan bertahun-tahun di Mahkamah.
Kes Rujukan: SIVA SHARVIN DHARMALINGAM v AMA D/O AMBUMAMEE & ORS (BUKAN NAMA SEBENAR) [2025] MLJU 2351
#FitnahFriday
#Defamation
#Liyanaandco
#SamanFitnah