KES GANTIRUGI KECUAIAN

Suzana bt Md Aris (claiming as administrator of the estate and a dependant of Mohd Anuar bin Sharip, deceased) v DSP Ishak bin Hussain & Ors [2011] 1 MLJ 107

Suami Suzana telah meninggal dunia semasa dalam tahanan polis meskipun fakta menunjukkan bahawa mangsa telah muntah darah semasa di dalam tahanan tetapi dinafikan bantuan perubatan dan perhatian yang betul. Suzana menyaman defendan-defendan untuk kecuaian.

Mahkamah memberikan Suzana gantirugi RM137,220 dengan faedah tetapi Suzana merayu ke Mahkamah Tinggi kerana tidak berpuas hati dengan jumlah yang diberikan. Mengambil kira Suzana mempunyai anak yang masih kecil berumur 3 dan 9 tahun semasa bapa mereka meninggal, jumlah gantirugi telah ditambah untuk Suzana menyara dan membesarkan anak-anaknya.

Hakim Mahkamah Tinggi telah menambah gantirugi berikut:
(i) RM200,000 untuk setiap kedua-dua anak mangsa sebagai tanggungannya;
(ii) Ganti rugi tambahan sejumlah RM500,000; dan
(iii) Ganti rugi teladan sejumlah RM500,000

Tertanya-tanya berapa pampasan anda boleh dapat dalam kes mahkamah anda? Hubungi kami!
https://wa.me/60123640086

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *