Sharing :

KANAK-KANAK JADI SAKSI PERBICARAAN?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

πŸ‘‰ Seksyen 118 Akta Keterangan 1950 menyenaraikan kumpulan-kumpulan individu yang secara automatik akan dianggap sebagai tidak kompeten untuk memberi keterangan, melainkan dibuktikan sebaliknya.

πŸ’‘ Antara kumpulan individu yang tersenarai, termasuklah kanak-kanak.

πŸ‘©β€βš–οΈ Namun begitu, terdapat pengecualian kepada peruntukan tersebut. Jika dilihat kepada Seksyen 113A akta yang sama, kanak-kanak boleh memberikan keterangan tidak bersumpah, jika kanak-kanak tersebut tidak mempunyai fahaman mengenai sumpah tetapi memiliki kebijaksanaan dan keupayaan untuk memahami kepentingan bercakap benar ketika memberikan keterangan.

βš–οΈ Meskipun jika dilihat menerusi seksyen 113A, kesimpulan boleh dilakukan bahawa kanak-kanak boleh memberikan keterangan di dalam Mahkamah, menerusi pengaplikasian di dalam perbicaraan, keterangan kanak-kanak tersebut mestilah disokong oleh keterangan lain untuk ia membawa pemberatan yang cukup di dalam sesebuah kes.

πŸ’ Hubungi kami di talian 0123640086 atau 0123647290.