Sharing :

FOUNDER PRODUK KECANTIKAN YANG TELAH KENA SCAM

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Semalam saya perasan ada orang tag saya di suatu posting tentang seorang founder produk kecantikan yang telah discam oleh seseorang.


Isunya adalah kerana bayaran telah dilakukan oleh founder tersebut namun tidak mendapat servis seperti yang dijanjikan. Bila diminta refund, tidak dilayan. 


Saya pun teliti setiap comment yang diberikan oleh warga netizen. TIBA-TIBA. Saya perasan saya kenal sebenarnya orang yang dituduh scammer itu.  

Saya kenal sebab beliau pernah datang ke pejabat saya di Equine Park dulu pada tahun 2016. Beliau memaklumkan kepada saya bahawa beliau ada business yang agak gempak dimana hala tuju perniagaan beliau adalah memviralkan produk-produk yang baru ingin menembus pasaran.  


Katanya nak lantik saya jadi peguam beliau kerana ada isu viral tentang reputasinya. Beliau pun sign surat lantikan depan saya. Apabila saya memberikan beliau invois open file, beliau terus senyap seribu bahasa walaupun pada masa itu saya ada hantar senarai soalan komprehensif untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kes beliau sebelum saya mulakan kerja.  


Dan tak silap saya last bila saya follow up dengan beliau katanya tak jadi atas sebab-sebab tertentu. Bila saya check social media beliau sebelum saya block, saya perasan dia seolah-olah suka memperbesarkan cerita dan exaggerate untuk meraih perhatian dan simpati orang ramai terhadap beliau. Eyh, geli la orang macam ni. 


As regards to being careful of scammers, see guys, i told you don’t be so impressed by the things you see on social media. Especially yang tayang kemewahan sana-sini. Ntah betul entah tidak you won’t know unless you have that person’s actual financial records and background. 


Saya yang lawyer ni pun hampir terkena dulu dengan beberapa scammer yang ingat saya ni bodoh agaknya sehingga menjadi kes balai polis kerana scammer tu mengaku saya lawyer dia.  


Banyak cantik muka scammer tersebut! Saya clearkan nama saya dengan pegawai penyiasat dan sampai sekarang saya tunggu je kalau ada orang nak buat funny business dengan saya. Memang saya akan standby nak buat laporan polis dan juga bawa kes ke mahkamah sivil. Sebab itu saya selalu berpesan kepada orang ramai untuk berhati-hati dengan scammer. 


Kita nak jadi orang bijak pandai dan tak nak scammer perbodohkan kita. Dan KUALA LUMPUR serta MALAYSIA ni kecik sahaja. Pusing-pusing kenal orang yang sama. 


Sekian, berkongsi pengalaman menjadi peguam, 


-Liyana The Lawyer-