Fitnah boleh berlaku dalam dua jenis fitnah:

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

šŸ‘‰Fitnah secara penulisan ataupun ‘libel’. Fitnah seperti ini biasanya berlaku apabila terdapat
sesuatu kenyataan yang mempunyai tuduhan palsu dalam bentuk penulisan, cetakan atau secara
bentuk kekal terhadap seseorang yang difitnah dan ianya disebarkan kepada pihak ketiga
/masyarakat. Kenyataan fitnah secara penulisan biasanya diterbitkan di media sosial seperti
Facebook, Twitter, Instagram atau mana-mana media sosial lain yang berkaitan. Ianya juga boleh
disebarkan dalam bentuk emel ataupun gambar.

šŸ‘‰Fitnah secara verbal ataupun ‘slander’. Fitnah seperti ini berlaku apabila sebuah percakapan
daripada seseorang mempunyai kenyataan atau tuduhan palsu terhadap orang yang difitnah itu dan
percakapan tersebut dinyatakan di hadapan orang lain iaitu pihak ketiga/masyarakat.

SOALAN:

Apakah jenis pampasan yang akan saya dapat dari tuntutan saman fitnah?

JAWAPAN:

Sekiranya anda memenangi saman fitnah, anda berhak mendapat wang pampasan. Jumlah
pampasan yang diberikan bergantung kepada budi bicara mahkamah berdasarkan beberapa faktor,
seperti reputasi pihak menuntut, keseriusan fitnah, kerugian yang ditanggung oleh pihak menuntut
sebagai akibat dari fitnah tersebut dan sebagainya.

Hisham bin Tan Sri Halim v The Faridah bt Ahmad Norizan & Anor [2021] 10 MLJ 683

Fakta kes: Tuntutan utama Plaintif terhadap Defendan pertama dan kedua, ibu saudara dan ibu
bekas isteri Plaintif adalah kerana fitnah dalam bentuk verbal ataupun dikenali sebagai ‘slander’.
Pada sekitar bulan Jun 2017, Plaintif menerima panggilan daripada seorang pegawai PDRM yang
memaklumkan bahawa bekas isterinya telah membuat laporan polis, yang mendakwa bahawa anak
sulungnya telah diserang secara seksual oleh pemandu yang bekerja dengan keluarga Plaintif. Pada
sekitar Julai 2017, Plaintif pergi ke Hospital Sg Buloh bersama adiknya dan peguam syariahnya.
Plaintif bertemu dengan pengarah hospital, pegawai PDRM dan pegawai Jabatan Kebajikan. Selepas
pertemuan tersebut, kejadian yang berlaku di bilik wad pediatrik di hospital itu telah secara
serentak ditangkap dalam rakaman video. Plaintif mendakwa bahawa kedua-dua Defendan telah
mengucapkan pernyataan fitnah terhadap Plaintif dengan kehadiran beberapa orang di bilik wad
pediatrik hospital tersebut, di mana Defendan mendakwa bahawa Plaintif telah gagal melindungi
anak perempuan sulungnya dari dicabul oleh pemandu.

Jom ikuti keputusan mahkamah bagi kes Hisham bin Tan Sri Halim v The Faridah bt Ahmad Norizan
& Anor [2021] 10 MLJ 683

Keputusan Kes: Mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif untuk fitnah tersebut dan
memerintahkan kedua-dua Defendan untuk membayar RM60,000 kepada Plaintif sebagai ganti rugi
am. Mahkamah juga memberikan faedah ke atas keseluruhan jumlah ganti rugi yang diperintahkan
oleh Mahkamah pada kadar 5% bermula dari tarikh penghakiman sehingga tarikh pembayaran.

Jom ikuti kes yang telah diputuskan di mahkamah berkaitan saman fitnah secara penulisan ataupun
‘libel’!

Muhd Iqbal bin Zainal Abidin lwn Mohd Khaidir bin Ahmad [2017] MLJU 1277

Fakta kes: Plaintif memfailkan saman dan pernyataan tuntutan terhadap Defendan berdasarkan
tindakan fitnah yang diterbitkan melalui ā€˜Facebookā€™ milik Defendan. Pada tahun 2015, Plaintif
menerima satu laporan bahawa terdapat pemasangan papan tanda ā€œProjek Ternakan Ikan Sangkar
oleh Khaidir Bin Ahmadā€ iaitu Defendan di atas tanah kawasan itu. Plaintif telah mengeluarkan notis
kepada Defendan kerana menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran pihak berkuasa. Susulan dari
itu, Defendan telah menerbitkan kenyataan-kenyataan yang berunsur fitnah dan tidak benar ke atas
Plaintif selaku pegawai kerajaan yang menandatangani dan mengeluarkan notis tersebut di halaman
ā€˜Facebookā€™ Defendan. Antara kenyataan Defendan ialah ā€œYA ALLAH, TERGAMAK MEREKA MAHU
MENZALIMI AKU!!!ā€ & “MENGAPA MEREKA ZALIM DAN TIDAK JUJUR?”. Kenyataan-kenyataan ini
juga mengundang komen-komen negatif dan berunsur fitnah terhadap Plaintif. Plaintif juga
memplidkan bahawa fitnah tersebut secara semulajadinya dan pengertian biasanya membawa erti
dan adalah difahami membawa maksud bahawa Plaintif adalah seorang pegawai melayu yang
korup, terlibat dengan rasuah, berniat jahat dan sebagainya.

Jom ikuti keputusan mahkamah bagi kes Muhd Iqbal bin Zainal Abidin v. Mohd Khaidir bin Ahmad
[2017] MLJU 1277

Keputusan kes: Mahkamah memutuskan di atas imbangan kebarangkalian pihak Plaintif telah
membuktikan kenyataan Defendan yang dimuat naik dalam ā€˜Facebookā€™ jelas bersifat fitnah
terhadap Plaintif. Mahkamah telah membenarkan tuntutan Plaintif dengan ganti rugi sebanyak
RM50,000.00 berserta kos RM15,000.00 tertakluk kepada alokatur dan faedah 5% seperti dituntut.

Inginkan nasihat lanjut berkaitan saman fitnah? Hubungi kami sekarang!
ā€œPeguam & Penyelamat Anda!ā€

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *