Sharing :

DOKTOR DITIPU KERANA MARRIAGE SCAM

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Dalam banyak-banyak ilmu law yang saya timba, antara yang menarik adalah subjek Cyber Crimes yang saya ambil sewaktu Masters dulu.  

Sekarang ini saya belek kembali kes-kes yang telah diputuskan di Mahkamah. Antara kes yang paling unbelievable adalah kes berikut yang menunjukkan cinta itu sangatlah buta:- 

Case of Public Prosecutor v Latifah Mohd. Said [2016] 

Latifah, 29, a part-time computer application engineer was accused of masquerading as Khalisya Najwa in social media & deceiving a 28-year-old man who was a doctor at Melaka Hospital, until the victim handed over RM 75,750 for the marriage-scam, in different locations in Ayer Keroh between October 7 & November 3, 2014. 

Charge:- Section 420 Penal Code (7 charges). 

Decision of the Magistrate Court of Ayer Keroh (20/09/2016): 21 years imprisonment & RM10,000 fine.  

Terjemahan Bahasa Melayu:- 

Kes Pendakwaraya v Latifah Mohd. Said (2016) 

Latifah, 29, jurutera aplikasi komputer sambilan telah dituduh kerana menyamar sebagai Khalisya Najwa dalam media sosial dan memperdayakan seorang lelaki berusia 28 tahun iaitu doktor di Hospital Melaka, sehingga mangsa menyerahkan RM 75,750 untuk perkahwinan mereka, di lokasi berbeza di Ayer Keroh antara 7 Oktober & 3 November 2014.  

Pertuduhan:-Seksyen 420 Kanun Keseksaan (7 pertuduhan). 

Keputusan Mahkamah Majistret Ayer Keroh (20/09/2016): 21 tahun penjara & RM10,000 denda. 

Itulah dia, kerana cinta, betapa senangnya diperdayakan. 

Sekian, moga perkongsian kes saya ini membuka minda anda semua, 

-Liyana the Lawyer-