Sharing :

Cashier Mamak Menang Pampasan RM20k

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Assalamualaikum dan salam sejahtera, selamat Hari Jumaat yang penuh baroqah. Pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai satu kes yang melibatkan pekerja di sebuah restoran mamak. Siapa di Malaysia ni yang tak pernah lepak mamak berjam-jam kan? Baik, mari teruskan dengan kes menarik ini. 

Kes no: 31(14)/4-790/19,  

Kasmah Binti Nuk@Nur V Hameediyah Bistro Sdn. Bhd. 

No Award: 3239 Tahun 2019 

  1. Pada 01.08.2019 Hameediah Restaurant (Majikan) telah membuka cawangan baru di Jalan Kolam Ayer, Ampang, Selangor.  

  1. Penuntut bekerja di Hameediah Bistro sebagai Ketua Juruwang yang bermula bertugas pada 01.08.2018 dengan permulaan gaji sebanyak RM2,500.00 sebulan. Selepas 3 bulan percubaan, penuntut telah di sahkan jawatannya pada 01.11.2019. 

  1. Pada 03.12.2018, Majikan telah memanggil penuntut ke Bilik VIP di Bistro dan telah mengemukakan penuntut surat pelarasan gaji bertarikh 30.10.2018. Majikan telah memberitahu penuntut bahawa gaji penuntut selepas ini diturunkan sebanyak RM1,600.00 sebulan berkuatkuasa pada November 2018. 

  1. Penuntut selepas itu mengeluarkan surat pemecatan konstruktif pada 07.12.2018. Pihak menuntut memohon pengembalian semula kerja seperti sediakala. Majikan pula membidas dan menyatakan bahawa penuntut bukan pekerja dibawah majikan.  

  1. Sebaliknya majikan menyatakan bahawa penuntut telah diambil bekerja dibawah IDD Ateliar Sdn Bhd (perunding), dan dipinjamkan kepada Syarikat.  

(Pendapat saya: I honestly think this is a stupid argument) 

KEPUTUSAN MAHKAMAH INDUSTRI:- 

Mahkamah memutuskan bahawa majikan perlu membayar penuntut gaji 8 bulan darab dengan gaji terakhir.  

8 bulan gaji kebelakang:  

RM2,500.00 X 8 bulan = RM20,000.00 

Majikan perlu membayar kepada penuntut RM20,000.00 dalam tempoh 30 hari dari tarikh award ini dipeturunkan melalui peguamcara penuntut. 

Post ini bertarikh 03.01.2020, Jumaat. 

Sekian dari saya,  

Liyana The Lawyer