Sharing :

BUKAN SAYA MULAKAN FITNAH. SAYA CUMA SEBARKAN SAHAJA

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

๐Ÿ“– Undang-undang menganggap orang yang menerbitkan semula atau menyebarkan kenyataan fitnah sebagai bersalah sama seperti orang yang membuat kenyataan itu. Maksudnya, sebaik sahaja posting/siaran berunsur fitnah diterbitkan semula, mereka yang bertanggungjawab untuk penerbitan semula kandungan tersebut akan sama bertanggungjawab dalam melakukan fitnah.

โ€ผ๏ธ Setiap penerbitan semula yang mengulangi perkataan memfitnah membentuk satu contoh fitnah yang baharu dan berasingan.

๐Ÿง‘โ€โš–๏ธ Prinsip undang-undang mantap telah diberikan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Lim Guan Eng v Ruslan Kassim di mana setiap individu yang menyebarkan sesuatu maklumat viral adalah terdedah kepada tindakan undang-undang walaupun seseorang itu merupakan orang yang pertama menyebarkan maklumat itu atau orang yang ke 10 atau 100 atau penyebar seterusnya.

๐Ÿ™‡โ€โ™€๏ธ Pada 2012, bekas menteri luar negeri iaitu Rais Yatim telah berjaya dalam tuntutan fitnah terhadap seseorang yang menyalin, dan menampal artikel dari laman web ke blognya sendiri, yang mendakwa bekas menteri itu bersalah kerana merogol dan membunuh pembantu rumah. Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Defendan bertanggungjawab ke atas fitnah tersebut, walaupun dia bukan pengarang asal artikel libel itu.

๐Ÿ™Œ Hak untuk menyaman terletak kepada plaintif maka plaintif boleh memilih mana-mana individu untuk disaman. Walaupun begitu, tidak semestinya plaintif akan menamakan semua orang yang terlibat sebagai defendan.

โ˜ Justeru itu, haruslah anda ingat bahawa walaupun anda bukan pengarang kenyataan fitnah yang anda sebar/viralkan, ianya tidak bermakna anda kebal dari sisi undang-undang.โ€ƒ

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp