Bekas Suami Gagal Dalam Saman Fitnah Terhadap Bekas Isteri
Sharing :
Bekas Suami Gagal Dalam Saman Fitnah Terhadap Bekas Isteri
Liyana The Lawyer
Perkongsian kes pada kali ini adalah kes sensasi yang melibatkan Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin Kamal dengan bekas isterinya Emilia Hanafi bersama 5 lagi defendan yang lain. Datuk Faisal adalah ahli perniagaan terkenal dan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif beberapa anak syarikat Kumpulan Syarikat NAZA dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Dia juga merupakan anak sulung kepada Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Kamal, pengasas Kumpulan Syarikat NAZA ketika itu dan terkenal di sektor kenderaan dan hartanah. Defendan Pertama adalah bekas isteri Datuk Faisal yang bernama Emilia, manakala Defendan ke-2 hingga ke-4 masing-masing adalah ahli keluarga Emilia (abang, adik perempuan dan bapa).
Pada 20.09.2016, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memerintahkan agar ketiga-tiga anak Datuk Faisal dan Emilia Hanafi bermalam dari 20.09.2016 hingga 10.00 pagi, 21.09.2016 bersama Datuk Faisal di rumahnya. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seterusnya memerintahkan agar anak-anak tidak boleh dipaksa sekiranya tidak mahu mengikut ayah mereka. Selepas itu, prosiding antara Datuk Wira & Emilia ditangguhkan pada hari tersebut.
Pada prosiding mahkamah Syariah pada hari itu, ada insiden berlaku. Klip video kejadian di mahkamah Syariah pada 20.09.2016 yang menjadi asas tindakan ini menjadi viral. Ianya merupakan sebahagian daripada rakaman video yang diambil setelah prosiding antara Datuk Wira dan Emilia berakhir di mahkamah Syariah pada 20.09 .2016.
Rakaman Video dijelaskan seperti berikut:
(a)
Video Penuh itu dirakam oleh abang Emilia yang menemani Emilia semasa prosiding di Mahkamah Syariah. Video Penuh dirakam hanya setelah prosiding antara Datuk Wira dan Emilia berakhir pada hari itu.
(b)
Video Penuh dirakam sebagai langkah berjaga-jaga dan sebagai bukti bukti yang berkaitan dengan kemungkinan pelanggaran Perintah Perlindungan di mana Datuk Wira seharusnya dihalang untuk “mendekati mana-mana orang yang dilindungi pada jarak sekurang-kurangnya lima puluh meter …”
(c)
Video Penuh diberikan kepada polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Emilia dan lima Defendan lain tidak menerbitkan atau menyebarkan Video Penuh kepada orang lain kecuali kepada polis dan JKM.
Rakaman video itu menunjukkan tingkah laku agresif dan kekerasan fizikal oleh Datuk Faisal di luar mahkamah terhadap anak kedua dan isterinya ketika jelas dari reaksi anak itu bahawa dia enggan dan berkeras tidak mahu diambil oleh Datuk Faisal. Ia juga menunjukkan anak ke-2 berpaut pada ibunya yang menyebabkan Datuk Faisal bereaksi dengan cara seperti yang digambarkan dalam rakaman. Datuk Faisal memulakan tindakan fitnah ini terhadap semua defendan atas alasan penerbitan / muat naik klip video / rakaman kejadian Mahkamah Syariah dan pernyataan dan kata-kata tertentu yang menyertai klip video tersebut.
Klip Video itu menjadi viral. Emilia dituduh memuat naik kenyataan memfitnah yang menyatakan “A mother’s heartache ” yang menyertai Klip Video. Adik perempuan Emilia juga menulis “SMF shoved them to the ground when he gave up”. Ayah Emilia menulis “Budak tu masih traumatised & emotionally affected by past incident since Nov. 2015”.
Mahkamah berpendapat bahawa peguam Datuk Faisal gagal untuk memenuhi unsur utama fitnah iaitu bahawa kata-kata dan / atau pernyataan yang diadukan adalah fitnah. Oleh itu, cubaan Datk Faisal untuk membawa kes saman fitnah ini terhadap bekas isterinya Emilia harus dibatalkan.
Mahkamah menyatakan bahawa:
“Rakaman video yang diterbitkan tidak dapat disangkal adalah rakaman kejadian sebenar dan nyata dan oleh itu, tidak dapat dinafikan sebagai kebenaran.”
Di sini, ingin saya simpulkan bahawa untuk Mahkamah bersetuju bahawa sesuatu itu adalah saman fitnah dan memberikan pampasan atau gantirugi, setiap elemen fitnah harus dipenuhi dan ianya tidak lah semudah A, B dan C. Di dalam kes ini pun, peguam yang mewakili Datuk Faisal bukanlah calang-calang orang dan dari firma yang agak gah juga. Namun, pihak Datuk Faisal masih gagal dalam cubaan menuntut Saman Fitnah terhadap bekas isterinya Emilia.
Sekian,
-Liyana the Lawyer