Apakah pembelaan sekiranya anda disaman fitnah?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

Pembelaan dalam kes-kes fitnah:

1. Justifikasi:

Apabila kenyataan yang dibuat adalah benar.

Contoh: Kenyataan bahawa ‘A’ merupakan seorang penjenayah dan ‘A’ telah didakwa di mahkamah

dan didapati bersalah.

2. Fair Comment atau Ulasan adil atau saksama:

Kenyataan yang dibuat adalah ungkapan pendapat yang jujur mengenai sesuatu masalah yang

mempunyai kepentingan awam.

3. Absolute Privilege atau Perlindungan Mutlak:

Seperti kenyataan-kenyataan yang dibuat dalam prosiding mahkamah, prosiding parlimen, laporan

polis. Seseorang itu tidak boleh disaman walaupun kandungan dalam laporan polis tersebut tidak

benar.

4. Qualified Privilege atau Perlindungan Bersyarat:

Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh individu-individu yang mempunyai tanggungjawab di sisi

undang-undang, moral dan sosial untuk membuat laporan dan laporan tersebut dibuat tanpa niat

jahat dan dilaporkan kepada penerima laporan yang bertanggungjawab menerima laporan tersebut.

5. Consent atau Kebenaran:

Melalui pembelaan ini, peguam akan menunjukkan bahawa orang yang difitnah sebenarnya telah

memberikan kebenaran kepada pemfitnah untuk membuat kenyataan tersebut.

Hubungi kami sekarang untuk temujanji.

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *