Apakah itu saman fitnah/saman malu?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

Tindakan Saman Fitnah/Malu hanya boleh  dimulakan apabila wujudnya fitnah. Suatu  tuduhan atau tohmahan yang boleh dibuktikan  sebagai palsu. Terdapat dua jenis fitnah dalam undang-undang iaitu fitnah secara penulisan  (Libel) dan fitnah secara verbal (Slander).

JENIS-JENIS FITNAH

Fitnah secara penulisan ataupun ‘libel’.  Fitnah seperti ini biasanya berlaku apabila  terdapat sesuatu kenyataan yang mempunyai  tuduhan palsu dalam bentuk penulisan, cetakan  atau secara bentuk kekal terhadap seseorang  yang difitnah dan ianya disebarkan kepada  pihak ketiga/masyarakat. Kenyataan fitnah  secara penulisan biasanya diterbitkan di media  sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram atau  mana-mana media sosial lain yang berkaitan.  Ianya juga boleh disebarkan dalam bentuk emel  ataupun gambar.

Fitnah secara verbal ataupun ‘slander’.  Fitnah seperti ini berlaku apabila sebuah  percakapan daripada seseorang mempunyai  kenyataan atau tuduhan palsu terhadap orang  yang difitnah itu dan percakapan tersebut  dinyatakan di hadapan orang lain iaitu pihak  ketiga/masyarakat.

SOALAN: Bagaimanakah jumlah pampasan ditentukan?

JAWAPAN: Mahkamah akan melihat kepada kedudukan  dan status seseorang itu di dalam masyarakat  bagi menentukan jumlah pampasan. Pampasan  yang diterima untuk sesuatu tindakan fitnah  yang dilemparkan keatas seorang ahli politik  atau selebriti atau ahli perniagaan yang  masyhur, adalah lebih tinggi jika dibandingkan  dengan orang awam. 

SOALAN: Jika defendan gagal membayar ganti rugi saman  fitnah yang diputuskan Mahkamah, apakah tindakan yang boleh dikenakan ke atas  defendan?

JAWAPAN: Sekiranya defendan gagal membayar tuntutan  di Mahkamah setelah memperolehi perintah,  ada beberapa langkah yang boleh diambil iaitu: 1. Prosiding kebankrapan sekiranya nilai  diperoleh melebihi RM100,000 

Atau, 

2. Penyitaan dan lelongan barangan milik  defendan 

Atau, 

3. Garnishi Prosiding iaitu pembekuan simpanan  defendan dalam akaun bank dan dipindahkan  kepada plaintif 

Atau  4. Saman Pemiutang Penghakiman (iaitu arahan  mahkamah kepada defendan membayar secara  ansuran mengikut kemampuan bulanan) Atau,

5. Prohibitory Order, penyitaan dan lelongan  hartanah defendan. Lantik peguam untuk meneruskan sebarang  prosedur di atas.

Bagaimana dan apa yang perlu anda sediakan  untuk saman fitnah.

Sekiranya anda ingin membuat tuntutan  saman fitnah, anda boleh mendapatkan nasihat  daripada peguam untuk penjelasan yang lebih  terperinci mengenai saman fitnah dan sebelum  memulakan apa-apa tindakan seterusnya.

Anda perlu pastikan kesemua dokumen dokumen berkaitan dengan fitnah tersebut  dicetak, disimpan dan dibawa bersama bagi  memudahkan peguam untuk membuat kajian  dan penilaian mengenai kes anda.

Jika kenyataan fitnah berbentuk penulisan  dan disebarkan di media sosial, whatsapp  ataupun telegram anda perlu mendapatkan  tangkapan skrin kenyataan tersebut dan butiran  mengenai identiti orang yang menyebarkan  kenyataan fitnah tersebut.

Jika kenyataan fitnah berbentuk  percakapan, anda perlu pastikan yang anda  mempunyai saksi yang boleh memberi  keterangan bagi pihak anda.

Dato’ Safee bin Daud v Raj A/L Gopal [2012] 10  MLJ 203, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Plaintif (Dato’ Safee) merupakan seorang  usahawan terkemuka Malaysia dan Defendan (Raj) adalah seorang wartawan.  Defendan telah membuat dua pernyataan berunsur fitnah di akaun Twitter nya berkenaan  Plaintif pada waktu yang berbeza. Plaintif  menyatakan bahawa pernyataan berunsur  fitnah Defendan boleh dibaca oleh sesiapa  sahaja yang mengakses akaun Twitter Defendan  yang tidak ‘private’ dan dia mempunyai beribu ribu pengikut, antaranya tokoh korporat  terkenal, ahli politik dan personaliti-personaliti  media.

Keputusan: Mahkamah mendapati pernyataan yang dibuat  Defendan memenuhi kriteria fitnah terhadap  Plaintif. Mahkamah memerintahkan gantirugi  am sebanyak RM300,000.00, gantirugi  keterlaluan RM200,000.00 dan injunksi bagi  menghalang Defendan, pembantu-pembantu  dan agennya daripada selanjutnya menfitnah  Plaintif.

Tambahan pula, Mahkamah bersetuju Plaintif  adalah seorang yang terkenal yang memegang  posisi utama dalam masyarakat dan perniagaan,  secara tempatan, serantau dan luar negara;  seseorang yang dipandang tinggi dan yang  mana reputasi akan terjejas dengan serius oleh  kenyataan fitnah yang dibuat Defendan.

Anda buntu dengan masalah yang dihadapi? 

Jom dapatkan nasihat guaman dari peguam peguam kami yang profesional. 

Peguam-peguam kami mempunyai 10 tahun  pengalaman dalam menyelesaikan masalah  perundangan yang kompleks untuk orang  ramai. 

“Peguam & Penyelamat Anda” 

 Hubungi kami di talian:  

https://wa.me/60123640086

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

2 Responses

  1. Bagaimana membuat tuntutan saman fitnah berkaitan tuduhan kes curi di AEON Mall Rawang. Belian 274.90 mempunyai resit, telah membuat report polis. Tolong bantu untuk prosedur dan nasihat.

  2. I am writing to seek your legal advice regarding a matter involving a Vice President of our company, who has accused a Manager of theft and conspiracy in the presence of a Secretary and an Executive.
    The incident in question occurred when the Vice President publicly accused the Manager of stealing documents from his office. Furthermore, the Vice President alleged that the Manager was colluding with a contractor during the tender and procurement process. These accusations were made without any concrete evidence and have significantly impacted the Manager’s reputation and professional standing within the company.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *