Apakah itu kacauganggu?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

Anda pernah menghadapi situasi dimana anda telah diganggu secara berterusan oleh seseorang sehinggakan memberikan kesan kepada kualiti kehidupan anda?

Perkara ini boleh dianggap sebagai salah satu bentuk kacauganggu. Gangguan merujuk kepada kata-kata atau tingkah laku yang mengancam, menakutkan, atau merendahkan seseorang. Gangguan diterima adalah tidak diingini, tidak diundang serta menyebabkan gangguan emosi dan tekanan yang melampau.

Elemen-elemen kacauganggu

Terdapat 4 elemen yang perlu diwujudkan melibatkan kes kacauganggu:

(1) Defendan telah terlibat dalam komunikasi berulang, ugutan, penghinaan, mengintip atau tingkah laku gangguan lain secara peribadi atau melalui cara lain;

(2) Pelaku tahu atau sepatutnya tahu perbuatan yang dilakukan tidak disukai oleh mangsa

(3) Perbuatan tersebut mencemarkan maruah mangsa serta akan menyebabkan orang yang munasabah takut akan keselamatan mereka atau keselamatan orang tersayang mereka, atau boleh dijangka menyebabkan tekanan emosi atas perbuatan si pelaku, dan

(4) Perbuatan pelaku akan menyebabkan kemudaratan kepada mangsa.

Gangguan seksual di tempat kerja? Mangsa boleh mengambil tindakan sivil terhadap pelaku

Dunia pekerjaan yang mencabar mempunyai banyak liku dan dugaan yang akan memberikan kesan kepada kehidupan seharian. 

Kadangkala masalah yang berlaku adalah kerana gangguan seksual yang dilakukan oleh rakan tempat sekerja!

Jadi apa hak anda? 

Jika perkara tersebut tidak memberikan keselesaan kepada anda dan menyebabkan anda terkesan secara mental dan mengalami kesukaran untuk ke tempat kerja, perkara ini boleh dianggap sebagai gangguan seksual. Gangguan ini mesti la berlaku lebih daripada satu kejadian. Gangguan seksual bukan hanya boleh berlaku melalui sentuhan nama juga turut berlaku melalui percakapan. 

Melalui pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam  April 2023, telah menetapkan perbuatan seperti memanggil seseorang dengan perkataan seperti “dear, sayang” adalah satu gangguan seksual.

KES: Mohd Ramli Rahman v Hasnah Hj Ali (bukan nama sebenar) [2016] 4 MLJ 282

Dalam kes ini Mahkamah Persekutuan iaitu Mahkamah tertinggi di Malaysia, perayu dan responden, kedua-dua kakitangan Lembaga Tabung Haji, terlibat dalam pertikaian berhubung dakwaan gangguan seksual. Walaupun siasatan mendapati bukti tidak mencukupi untuk tindakan tatatertib, perayu diberi amaran. Tidak berpuas hati, perayu menyaman responden atas tuduhan memfitnah. Keputusan Mahkamah Tinggi tidak berpihak kepada Perayu dan juga memberikan ganti rugi kepada responden untuk gangguan seksual. Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan ini.

Isu utama ialah kesahihan tuntutan sivil bagi gangguan seksual di bawah undang-undang Malaysia. Mahkamah mengesahkan salah laku perayu, yang termasuk membuat kata-kata kasar yang menyebabkan kesusahan kepada responden yang lemah dari segi emosi. Ia mengekalkan ganti rugi yang diberikan untuk gangguan seksual, menyimpulkan bahawa tingkah laku perayu merupakan kelakuan yang berterusan dan sengaja bertujuan untuk menyebabkan ketakutan dan kesusahan, mewajarkan ganti rugi yang diberikan kepada responden.

Stigma Masyarakat: Lelaki bukan rasa pun kalau kena gangguan seksual!

Lelaki juga perlu disayangi dan dilindungi.

Apabila membincangkan isu-isu berkenaan kacauganggu, hampir semua kes yang dibincangkan adalah melibatkan pelaku lelaki dan mangsa wanita. Jadi persoalan disini, lelaki boleh ke ambil tindakan sivil untuk kes kacauganggul.

Di United Kingdom, telah diputuskan dalam kes  Hayes v Willoughby [2013] 1 WLR 935, di

mana Defendan (L) telah didapati bersalah kerana kacauganggu dengan menghantar surat-surat ke badan kerajaan dalam usaha untuk mencalarkan reputasi Plaintiff(L)  dengan tuduhan-tuduhan palsu seperti penyelewengan wang. 

Kes ini juga telah dirujuk di dalam kes yang dikongsikan sebelum ini dan menunjukkan kacauganggu terjadi juga kepada lelaki, dan kacauganggu ini turut merangkumi gangguan seksual.

Tort Serangan vs Tort Kacauganggu

Tort serangan dan tort gangguan adalah konsep undang-undang yang berbeza. Serangan berkaitan dengan ancaman bahaya fizikal yang disengajakan atau penciptaan ketakutan yang munasabah terhadap bahaya serta-merta, tanpa mengira sentuhan fizikal. Gangguan, sebaliknya, adalah lebih luas dan melibatkan corak tingkah laku yang tidak diingini dan menyedihkan, termasuk komunikasi berulang, penghinaan, mengintai atau tindakan mengganggu, yang mungkin atau mungkin tidak termasuk ancaman fizikal.

Walaupun serangan tertumpu pada bahaya fizikal atau ancamannya, gangguan merangkumi pelbagai tingkah laku yang mencemarkan maruah, menyebabkan tekanan emosi atau mewujudkan persekitaran yang bermusuhan. Gangguan biasanya melibatkan beberapa siri tindakan dari semasa ke semasa. Kedua-dua tort bertujuan untuk menyediakan remedi undang-undang untuk bahaya tetapi menangani pelbagai jenis tingkah laku yang berbahaya.

Anda perlukan nasihat guaman?

Anda perlukan jawapan dan jalan penyelesaian dalam tindakan undang-undang? Dapatkan khidmat nasihat guaman dari peguam-peguam kami di Liyana & Co.

Peguam-peguam kami mempunyai 10 tahun pengalaman dalam menyelesaikan masalah perundangan yang kompleks.

“Peguam & Penyelamat Anda”

📞📱 Jom set temujanji dan hubungi kami di talian: 

https://wa.me/60123640086

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *