Apa langkah-langkah yang boleh diambil oleh kita sebagai mangsa fitnah di media sosial/internet?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

Simpan Bukti

Simpan segala bukti yang ada sebelum dipadamkan (Screenshot). Kadangkala ada status dipadamkan dalam beberapa hari mungkin kerana pelaku dinasihatkan oleh pihak lain untuk memadamkan.

Buat laporan polis

Selepas lengkap simpan bukti-bukti ini, lebih elok jika dapat ‘save’ dalam komputer kerana sekiranya telefon anda hilang, sekurang-kurangnya anda ada ‘back up’. Buat laporan polis sebagai cover report.

Ambil tindakan sivil

Jumpa peguam dan dapatkan nasihat guaman sama ada, bukti-bukti anda itu cukup untuk memulakan tindakan di mahkamah. Biasanya boleh mulakan dengan menghantar Notis Tuntutan.

Apakah itu Notis Tuntutan?

Secara kebiasaannya, mangsa fitnah yang telah melantik peguam akan memberikan Notis Tuntutan kepada anda yang menyatakan bahawa anda telah mengeluarkan pernyataan fitnah terhadap beliau di media sosial anda dan seterusnya menuntut anda supaya:-

  1. Membuat permohonan maaf secara terbuka;
  2. Memadam dan/atau menarik balik pernyataan berbaur fitnah tersebut; dan
  3. Membayar ganti rugi bagi kecederaan dan/atau kerosakan terhadap reputasi beliau, dalam tempoh yang dinyatakan.

Anda terima notis tuntutan? Apa yang perlu anda lakukan?

SOALAN:

Saya ada menerima notis tuntutan. Apa yang saya perlu buat ye?

JAWAPAN:

Sekiranya anda telah menerima Notis Tuntutan daripada mana-mana firma guaman, jangan abaikan notis tersebut dengan harapan mangsa akan terus melupakan insiden yang telah berlaku tanpa sebarang tindakan lanjut. Sekiranya anda abaikan Notis Tuntutan tersebut, mangsa fitnah tersebut berhak untuk meneruskan kes tersebut dan failkan saman di Mahkamah tanpa anda dapat menyatakan pendirian dan/atau penjelasan atau pembelaan anda terlebih dahulu. Jadi jangan abaikan notis tuntutan yang anda terima.

Fakta Kes:

Muhammad Syuhaimi bin Hj Abdul Jofli & Anor v Hamirah Izzatie bt Sabarin [2023] 9 MLJ 833

Pada 24 Jun 2019, defendan menyiarkan beberapa kenyataan di akaun Twitter defendan di mana kenyataan tersebut didakwa merujuk kepada plaintif. Plaintif merayu bahawa lima kenyataan telah dibuat oleh defendan dan berpendapat bahawa kesemua lima kenyataan mempunyai kecenderungan memfitnah (secara kolektif, ‘penyiaran yang disangkal’). Rentetan itu, plaintif telah memfailkan tuntutan ini terhadap defendan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

KEPUTUSAN DAN DAPATAN MAHKAMAH UNTUK KES INI.

Mahkamah berpendapat bahawa untuk plaintif berjaya dalam tindakan saman fitnah, dia mesti
membuktikan ketiga-tiga elemen saman fitnah, iaitu:

(a) plaintif mesti menunjukkan bahawa pernyataan itu mempunyai imputasi fitnah;
(b) pernyataan itu mesti merujuk kepada atau mencerminkan reputasi plaintif; dan
(c) pernyataan itu mestilah telah diterbitkan kepada orang ketiga oleh defendan.

KEPUTUSAN HAKIM UNTUK KES TERSEBUT

Sebagai rumusan, mahkamah mendapati bahawa plaintif telah membuktikan bahawa posting yang dipertikaikan adalah memfitnah mereka. Defendan tidak mempunyai pembelaan yang sah dalam penerbitan siaran yang dipertikaikan. Oleh itu, tuntutan plaintif dibenarkan seperti berikut:

(a) Jumlah global RM15,000 perlu dibayar oleh defendan kepada setiap plaintif.
(b) Permohonan maaf secara terbuka dan tidak berbelah bahagi atas terma yang akan diluluskan oleh plaintif hendaklah disiarkan pada akaun Twitter defendan dan laman rangkaian sosial lain yang ditetapkan oleh plaintif dan boleh diakses oleh orang ramai.
(c) Injunksi untuk menghalang defendan daripada menyiarkan lagi kenyataan fitnah pertama, kenyataan fitnah kedua, kenyataan fitnah ketiga, pernyataan fitnah keempat, dan kenyataan fitnah kelima dan/atau mana-mana fitnah dan/atau niat jahat sedemikian.
(d) Kos sebanyak RM30,000 (tertakluk kepada alokatur) perlu dibayar oleh defendan kepada plaintif.

Anda terima surat saman?

Jom dapatkan nasihat guaman dari peguam-peguam kami yang profesional.

Peguam-peguam kami mempunyai 10 tahun pengalaman dalam menyelesaikan masalah perundangan yang kompleks untuk orang ramai.

“Peguam & Penyelamat Anda”

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *