“Anda telah disaman kerana telah membuat  posting yang berunsur fitnah di Facebook?”

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

FAKTA KES: SUHAIMI LWN AMIR [2020] MLJU  805

Plaintif dan isterinya merupakan rakan kongsi  defendan bagi perniagaan di atas nama Syarikat  JLA. Plaintif membuat tuntutan terhadap  defendan mengenai beberapa posting di  “Facebook”.

Menurut plantif, posting tersebut  telah memfitnah plaintif dan menyebabkan  plaintif mengalami kerosakan dari segi  reputasinya dan mengalami kerugian di mana  perniagaan plaintif tidak berjalan lancar.  Walaubagaimanapun, defendan menafikan  posting tersebut merujuk kepada plaintif atau  pekerjaannya atau berhubung dengan  kelakuannya dalam menjalankan pekerjaannya  seperti yang didakwa oleh plaintif.

Dalam kes  ini, defendan juga telah memulakan tindakan  undang2 terhadap plaintif bahawa plaintif telah  melakukan penipuan dan menyeleweng wang  Syarikat JLA sebanyak 7 juta. 

KEPUTUSAN MAHKAMAH: SUHAIMI LWN  AMIR [2020] MLJU 805

Mahkamah telah mendapati pihak plaintif telah  gagal membuktikan kesnya terhadap defendan  di atas kadar imbangan kebarangkalian yang  kenyataan melalui posting di Facebook adalah bersifat fitnah terhadap plaintif. Oleh itu,  Mahkamah juga telah menolak tuntutan plaintif  terhadap defendan dengan kos sebanyak  RM20,000 tertakluk kepada fi alokatur.

Namun,  bagi tindakan undang-undang defendan  terhadap plaintif, mahkamah membenarkan  kerana berpuas hati dan membuat dapatan bahawa defendan telah berjaya membuktikan  kesnya yang plaintif telah melakukan menipuan  dan pemalsuan serta penyelewengan terhadap  wang Syarikat JLA sebanyak RM7 juta.

ELEMEN-ELEMEN FITNAH YANG PERLU  DIPENUHI SEBELUM MEMULAKAN TINDAKAN

1) Percakapan atau kenyataan bertulis tersebut  adalah memfitnah, 

2) Percakapan atau kenyataan bertulis tersebut  merujuk kepada anda sendiri, bukan orang lain,

3) Percakapan atau kenyataan bertulis tersebut  disampaikan kepada pihak ketiga.

Bagaimana dengan pampasan atau ganti rugi yang bakal diterima jika menang kes saman fitnah?

Tiada formula tetap dalam menentukan nilai  pampasan atau ganti rugi yang bakal diterima.  Segala ganti rugi akan ditentukan oleh  mahkamah mengikut pelbagai faktor antaranya  seperti

1) reputasi si penuntut,  

2) tahap keseriusan dan impak yang datang  daripada kenyataan fitnah tersebut,  

3) wujudnya sebarang niat jahat (malice), dan  

4) sama ada defendan telah membuat  permohonan maaf.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kes ini?  Hubungi kami sekarang! 

“Peguam & Penyelamat Anda!” 

 Hubungi kami di talian:

https://wa.me/60123640086

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *