Adakah anda tahu kesalahan menakutkan merupakan satu jenayah mengikut Kanun Keseksaan?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

“Kesalahan menakutkan secara jenayah’ atau “intimidasi jenayah” seperti yang ditafsirkan di bawah seksyen 503 Kanun Keseksaan adalah apabila sesiapa mengugut hendak mendatangkan kepada seseorang apa-apa bencana kepada tubuh, nama baik atau harta orang itu atau kepada tubuh atau nama baik seseorang yang orang itu ada kepentingan,

dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepada orang itu, atau menyebabkan orang itu melakukan apa-apa perbuatan yang ia tidak terpaksa di sisi undang-undang atau meninggalkan daripada melakukan apa-apa perbuatan yang ia berhak disisi undang-undang melakukan, sebagai jalan bagi mengelakkan pelaksanaan ugutan itu adalah melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah.

Apakah hukuman yang boleh dikenakan kepada si pelaku?

Seksyen 506 Kanun Keseksaan memperuntukkan seseorang boleh dipenjarakan selama tempoh yang boleh sampai 2 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya dan jika ugutannya ialah ugutan hendak menyebabkan kematian atau cedera parah atau kebinasaan apa-apa harta dengan api atau hendak menyebabkan sesuatu kesalahan yang

boleh diseksa dengan bunuh atau penjara, atau dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 7 tahun, atau hendak mentomahkan seseorang perempuan sebagai jalang, maka ia hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 7 tahun atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

Apakah elemen-elemen penting yang perlu dibuktikan bagi intimidasi jenayah?

Niat untuk melakukan ugutan jenayah itu dan perbuatan mengugut untuk mencederakan orang, reputasi ataupun harta benda mestilah dibuktikan untuk menguatkan kes.

Saya diugut dan saya sangat takut. Apakah tindakan awal yang saya perlu saya lakukan?

  • Jika anda menerima ugutan daripada seseorang, anda hendaklah membuat laporan polis dan mendapatkan nasihat guaman untuk perkara-perkara selanjutnya yang anda perlu lakukan.
  • Jika anda menerima ugutan melalui WhatsApp atau medium lain berkaitan, jangan lupa untuk membuat tangkapan skrin dan menyimpan bukti tersebut untuk memudahkan penyiasatan dilakukan.

Baru-baru ini, saya kerap diugut oleh individu A di WhatsApp dan Facebook. Adakah situasi ini dikira sebagai satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan dan apakah yang perlu saya lakukan?

Pertama sekali, anda boleh membuat laporan polis atau laporkan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menyediakan peruntukan bagi kesalahan mengugut melalui sosial media.

Individu yang membuat ugutan tersebut boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang menyatakan bahawa seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan. 

Apakah kes yang telah diputuskan di Mahkamah berkenaan intimidasi jenayah?

Kes Sinnasamy A/L Kaliappan v Public Prosecutor [2005] 7 MLJ 570

merupakan kes rayuan daripada tertuduh terhadap keputusan majistret yang mendapati tertuduh bersalah untuk satu kesalahan intimidasi jenayah di bawah seksyen 503 Kanun Keseksaan. Keterangan yang diajukan di hadapan mahkamah perbicaraan menunjukkan bahawa, pengadu berada di rumah apabila beliau terdengar suara yang kuat daripada bahagian depan rumah.

Beliau terus keluar dari rumah dan nampak tertuduh memegang sebilah parang. Tertuduh mengancam pengadu dan menyuruhnya membayar sejumlah RM50,000 dalam masa lima hari sekiranya tidak, tertuduh akan membunuh pengadu dan keluarganya.

Mahkamah menolak rayuan tertuduh kerana fakta-fakta menunjukkan bahawa tertuduh menggunakan parang untuk memukul besi rumah itu dan meninggalkan beberapa kesan ke atas pintu, dan tertuduh juga telah mengancam untuk membunuh pengadu.

Keterangan ini disokong oleh laporan keterangan pertama yang dilaporkan oleh pengadu dan keterangan saksi-saksi pendakwaan yang lain. Niat tertuduh berdasarkan sifat-sifatnya tidak boleh dibuktikan secara keterangan terus tetapi boleh dibuat inferens dari semua keadaan-keadaan yang berlaku dalam kes ini.

Ia adalah jelas bahawa majistret telah membuat inferens yang betul dan tertuduh mempunyai niat yang secukupnya dalam menakutkan pengadu.

Anda pernah diugut oleh seseorang?

Anda takut dan tidak tahu nak buat apa? Jom dapatkan nasihat guaman daripada peguam-peguam kami untuk membantu anda!

Peguam-peguam kami mempunyai banyak pengalaman dan sudah pasti boleh memberikan nasihat guaman yang terbaik untuk anda.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan nasihat guaman dari peguam-peguam kami yang profesional dan penuh dedikasi. Hubungi kami sekarang!

“Peguam & Penyelamat Anda!” 

�� Hubungi kami di talian: 

https://wa.me/60123640086

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *