Adakah anda sedang mengalami kerugian dalam bisnes atau perniagaan anda akibat tindakan orang lain yang menyalahi undang-undang?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

Anda pernah diugut atau ditakut-takutkan untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang? Adakah anda tahu situasi tersebut merupakan satu kesalahan dibawah tort? Dalam situasi ini, boleh tak nak bawa tindakan ke Mahkamah?

Ya, boleh! Anda boleh bawa tindakan ke Mahkamah di bawah tuntutan tort ‘ugutan’ Tetapi, anda perlu pastikan elemen-elemen di bawah tort ‘ugutan’ ini dipenuhi. Apakah elemen-elemen tersebut? Pertama, Defendan mesti mengugut untuk menggunakan cara yang bertentangan dengan undang-undang terhadap Plaintif melainkan Plaintif mematuhi tuntutan Defendan. Kedua, Plaintif hendaklah mematuhi tuntutan tersebut bagi mengelak ancaman dilakukan oleh Defendan. Ketiga, Plaintif mestilah mengalami kerugian.

Pihak A mempunyai kontrak sedia ada dengan pihak B dan pihak C menyedari perkara itu. Pihak C memujuk atau mendorong pihak A untuk memutuskan kontrak dengan pihak B dan mengakibatkan kerugian kepada pihak B.

Tahukah anda situasi di atas merupakan satu kesalahan tort sekiranya elemen-elemen berikut dipenuhi:

1. Terdapat campur tangan secara langsung atau tidak langsung dengan penggunaan cara yang bertentangan dengan undang-undang. 

2. Defendan mempunyai pengetahuan tentang kontrak tersebut. 

3. Defendan mesti mempunyai niat untuk campur tangan. 4. Plaintif mesti menunjukkan bahawa Plaintif mengalami kerugian

Bekas pekerja saya telah menubuhkan syarikat baru sendiri. Tapi, dia menggunakan maklumat peribadi syarikat saya seperti senarai klien dengan cara yang salah dan bertentangan dengan undang-undang untuk kepentingan syarikat baru dia. Perkara ini memberi kesan buruk kepada ekonomi syarikat saya. Boleh tak saya nak saman atau mendapatkan pampasan?

Ya boleh. Anda boleh saman bekas pekerja anda atas kesalahan tort mengganggu kepentingan perniagaan anda dengan cara yang menyalahi undang-undang. Apabila seseorang individu cuba mendapatkan kelebihan dalam perniagaan dengan cara bersaing dan menggunakan cara yang tidak boleh diterima dan bertentangan dengan undang-undang, situasi ini dianggap sebagai kesalahan tort. Oleh yang demikian, anda boleh membawa tuntutan terhadap individu berkenaan sekiranya anda boleh membuktikan bahawa tindakan individu tersebut telah mengakibatkan kerugian terhadap anda.


Mari kita baca kes ini iaitu Worldwide Rota Dies Sdn Bhd v Ronald Ong Cheow Joon [2010] 8 MLJ 297. Dalam kes ini, Defendan adalah bekas pekerja kepada Plaintif yang telah melakukan kesalahan tort mengganggu perniagaan Plaintif dengan cara yang menyalahi undang-undang. Defendan telah menggalakkan dan mempengaruhi pekerja-pekerja Plaintif untuk meninggalkan pekerjaan bersama Plaintif semasa Defendan bekerja dengan Plaintif. Defendan juga gagal untuk merahsiakan semua maklumat yang diperolehi semasa menjalankan pekerjaannya bersama Plaintif. Selain itu, Defendan mendedahkan maklumat sulit Plaintif kepada pesaing Plaintif, termasuk selepas dia meninggalkan syarikat itu dan mensalah tafsirkan kepada pelanggan Plaintif dengan tujuan semata-mata untuk merosakkan reputasi dan perniagaan Plaintif. Mahkamah dalam kes ini telah memerintahkan Defendan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM 2,095, 780 dengan faedah 8% kepada Plaintif.


Sekiranya kepentingan perniagaan ekonomi saya terjejas teruk kerana tindakan orang lain yang menyalahi undang-undang, apakah elemen-elemen penting yang perlu saya buktikan untuk membawa kes ke Mahkamah?

Berikut merupakan elemen-elemen penting yang perlu dibuktikan: 

1. Tindakan itu perlu memberikan kepentingan ekonomi kepada syarikat yang lain; 

2. Tujuan tindakan itu mestilah memberi kesan buruk kepada syarikat yang lain; 

3. Tindakan itu mestilah telah mengganggu hak syarikat yang lain untuk menjalankan perniagaan mereka tanpa gangguan atau halangan; dan 

4. Tindakan itu mestilah sama ada mengancam atau menyebabkan kemungkiran kontrak.

Adakah anda tahu apakah itu tort konspirasi?

Tort konspirasi ialah situasi dimana dua atau lebih pihak mempunyai perjanjian untuk melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang atau melakukan perkara-perkara yang salah dan berbahaya terhadap orang lain.

Anda tidak tahu nak buat apa dan perlukan nasihat guaman? 

Jangan risau lagi! Peguam-peguam kami boleh membantu menyelesaikan masalah anda! 

Jom set temujanji bersama peguam-peguam kami dengan segera!.

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *