Adakah anda tahu apakah itu tort konspirasi?

Tort konspirasi ialah situasi dimana dua atau lebih pihak mempunyai perjanjian untuk melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang atau melakukan perkara-perkara yang salah dan berbahaya terhadap orang lain.

Tort menganggu perniagaan dan perjanjian adalah situasi di mana Pihak A mempunyai kontrak sedia ada dengan pihak B dan pihak C menyedari perkara itu. Pihak C memujuk atau mendorong pihak A untuk memutuskan kontrak dengan pihak B dan mengakibatkan kerugian kepada pihak B. 

Tahukah anda bahawa tort mengganggu perniagaan dan kontrak merupakan satu kesalahan tort sekiranya elemen-elemen berikut dipenuhi;

1. Terdapat campur tangan secara langsung atau tidak langsung dengan penggunaan cara yang bertentangan dengan undang-undang. 

2. Defendan mempunyai pengetahuan tentang kontrak tersebut. 3. Defendan mesti mempunyai niat untuk campur tangan. 4. Plaintif mesti menunjukkan bahawa Plaintif mengalami kerugian 

Soalan

Bekas pekerja saya telah menubuhkan syarikat baru sendiri. Tapi, dia menggunakan maklumat peribadi syarikat saya seperti senarai klien dengan cara yang salah dan bertentangan dengan undang-undang untuk kepentingan syarikat baru dia. Perkara ini memberi kesan buruk kepada ekonomi syarikat saya. Boleh tak saya nak saman atau mendapatkan pampasan?

Jawapan

Ya boleh. Anda boleh saman bekas pekerja anda atas kesalahan tort mengganggu kepentingan perniagaan anda dengan cara yang menyalahi undang-undang. Apabila seseorang individu cuba mendapatkan kelebihan dalam perniagaan dengan cara bersaing dan menggunakan cara yang tidak boleh diterima dan bertentangan dengan undang-undang, situasi ini dianggap sebagai kesalahan tort. Oleh yang demikian, anda boleh membawa tuntutan terhadap individu berkenaan sekiranya anda boleh membuktikan bahawa tindakan individu tersebut telah mengakibatkan kerugian terhadap anda.

Mari kita baca kes ini iaitu WRD dan Ong [2010] 8 MLJ 297.

Dalam kes ini, Defendan adalah bekas pekerja kepada Plaintif yang telah melakukan kesalahan tort mengganggu perniagaan Plaintif dengan cara yang menyalahi undang-undang. Defendan telah menggalakkan dan mempengaruhi pekerja-pekerja Plaintif untuk meninggalkan pekerjaan bersama Plaintif semasa Defendan bekerja dengan Plaintif. Defendan juga gagal untuk merahsiakan semua maklumat yang diperolehi semasa menjalankan pekerjaannya bersama Plaintif. Selain itu, Defendan mendedahkan maklumat sulit Plaintif kepada pesaing Plaintif, termasuk selepas dia meninggalkan syarikat itu dan mensalah tafsirkan kepada pelanggan Plaintif dengan tujuan semata-mata untuk merosakkan reputasi dan perniagaan Plaintif.

Mahkamah dalam kes ini telah memerintahkan Defendan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM 2,095, 780 dengan faedah 8% kepada Plaintif.

Sekiranya kepentingan perniagaan ekonomi saya terjejas teruk kerana tindakan orang lain yang menyalahi undang-undang, apakah elemen-elemen penting yang perlu saya buktikan untuk membawa kes ke Mahkamah?

Berikut merupakan elemen-elemen penting yang perlu dibuktikan: 

1. Tindakan itu perlu memberikan kepentingan ekonomi kepada syarikat yang lain; 

2. Tujuan tindakan itu mestilah memberi kesan buruk kepada syarikat yang lain; 

3. Tindakan itu mestilah telah mengganggu hak syarikat yang lain untuk menjalankan perniagaan mereka tanpa gangguan atau halangan; dan 

4. Tindakan itu mestilah sama ada mengancam atau menyebabkan kemungkiran kontrak.

Anda tidak tahu nak buat apa dan perlukan nasihat guaman?

Jangan risau lagi! Peguam-peguam kami boleh membantu menyelesaikan masalah anda! Jom set temujanji bersama peguam-peguam kami dengan segera! 

“Peguam & Penyelamat Anda” 

Hubungi kami di talian: 

https://wa.me/60123640086

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *