Di sebuah pasar raya terkenal di Ipoh, Adam, seorang pekerja senior yang pernah menerima
anugerah pekerja terbaik, menghadapi perubahan drastik dalam hidupnya pada tahun 2014 apabila beberapa pekerja wanita membuat aduan mengenai tingkah lakunya.
Aduan dan Siasatan Dalaman
Aina, pekerja baru, mendakwa Adam telah memeluk dan mendokongnya di dalam stor. Sarah
pula melaporkan bahawa Adam menyentuh bahunya, manakala Mira mengadu Adam sering
menarik tali apron dan menyentuh tangannya. Aduan ini mendorong pengurus, Encik Daniel,
menjalankan siasatan yang diketuai oleh Cik Sofia.
Pembelaan dan Keputusan
Adam menafikan tuduhan, mendakwa ia sekadar gurauan. Namun, keterangan konsisten
daripada tiga pekerja wanita serta pengakuannya terhadap beberapa perbuatan menyebabkan
pihak pengurusan mendapati Adam bersalah atas gangguan seksual. Akibatnya, pada 16
September 2014, Adam diberhentikan kerja.
Mahkamah Perusahaan dan Pengajaran
Adam mencabar pemecatannya di Mahkamah Perusahaan tetapi mahkamah mendapati
gangguan seksualnya terbukti. Keputusan pemecatan dikekalkan, menegaskan bahawa
gangguan seksual adalah salah laku serius yang menjejaskan kesejahteraan pekerja dan reputasi
syarikat. Kes ini menjadi peringatan bahawa setiap pekerja perlu mematuhi etika profesional bagi
mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan hormoni.