Apa Tindakan Kalau Di Peras Ugut?
Peras Ugut Dalam Undang-Undang
Tindakan membuat ancaman tidak munasabah demi mendapatkan kekayaan tertentu terutamanya duit atau harta atau mengugut membunuh atau mencederakan seseorang sehingga tuntutan yang dikemukakan pelaku dapat dipenuhi.
Unsur-unsur Peras Ugut
- Ancaman yang menyebabkan seseorang berasa takut akan sebarang bentuk kecederaan terhadap dirinya.
- Berlaku penyerahan harta disebabkan ancaman yang ditimbulkan.
- Melakukan paksaan dengan niat untuk mendapatkan sesuatu harta melalui cara yang salah.
1) Ancaman yang menyebabkan seseorang berasa takut akan sebarang bentuk kecederaan terhadap dirinya.
Untuk membuktikan Peras Ugut di bawah Seksyen 383 Kanun Keseksaan, ancaman menyebabkan mangsa takut akan kemudaratan sama ada kecederaan fizikal, kerosakan reputasi, kerugian kewangan, atau jenis kemudaratan lain perlu dibuktikan. Ketakutan ini mesti menyebabkan mangsa menyerahkan harta, wang, atau sekuriti berharga kepada pelaku.
2) Berlaku penyerahan harta disebabkan ancaman yang ditimbulkan.
Dalam kes Tan Chin Keng v PP (1964) MLJ 316, isu yang dibincangkan adalah sama ada mangsa perlu diancam oleh ketakutan untuk menyerahkan harta bagi menentukan peras ugut berlaku.
Mahkamah menegaskan bahawa peras ugut bukan sahaja melibatkan wujudnya rasa takut malah juga menyebabkan mangsa menyerahkan harta atau barang berharga milik mereka.
Mahkamah juga menjelaskan bahawa jika pelaku benar-benar percaya mereka mempunyai hak untuk menuntut bayaran, maka tindakan mereka tidak dianggap sebagai peras ugut
3) Melakukan paksaan dengan niat untuk mendapatkan sesuatu harta melalui cara yang salah.
Dalam kes PP v Isa bin Johnit (1994) 3 MLJ 218, Isa bin Johnit dan lain-lain didakwa kerana menahan Abdul Razak Efendi bin Osman dengan niat yang buruk untuk memeras wang daripada bapanya. Tertuduh berhujah bahawa mereka cuba mendapatkan semula wang yang dihutang oleh Abdul Razak, bukan untuk memerasnya.
Mahkamah membebaskan mereka, memutuskan bahawa pemerasan memerlukan ketidakjujuran dalam memaksa penyerahan harta. Oleh kerana tertuduh benar-benar percaya mereka berhak mendapatkan wang tersebut dan hanya berusaha untuk mendapatkan semula wang tersebut, tindakan mereka tidak dianggap sebagai pemerasan di bawah Akta Kanun Keseksaan.
Hukuman jika disabitkan kesalahan.
(Seksyen 384 Kanun Keseksaan) Mana-mana tertuduh yang didapati bersalah kerana pemerasan boleh dikenakan hukuman penjara yang boleh mencapai sepuluh tahun, atau denda, atau rotan, atau mana-mana gabungan hukuman tersebut.
Anda perlukan jawapan dan jalan penyelesaian dalam tindakan undang-undang?
Dapatkan khidmat nasihat guaman dari peguam-peguam kami di Liyana & Co!
Peguam-peguam kami mempunyai 10 tahun pengalaman dalam menyelesaikan masalah perundangan yang kompleks.
“Peguam & Penyelamat Anda!”
📲📞Jom set temujanji dan hubungi kami di talian