MAHMUD DAN SATU LAGI LWN PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN BANDAR X DAN LAIN-LAIN [2021] MLJU 1996 – bukan nama sebenar

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

PERINTAH PENGHAKIMAN PERSETUJUAN DI MAHKAMAH SYARIAH

Mahmud adalah waris si mati (Azman). Suatu tuntutan harta sepencarian telah dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah terhadap harta pusaka arwah. Perintah penghakiman persetujuan secara sulh telah diperintahkan berkenaan kesemua harta sepencarian si mati.

Antara terma yang dipersetujui adalah berkenaan pembahagian harta kepada waris-waris. Pejabat tanah juga perlu menurun milik dan mendaftarkan pembahagian tersebut kepada waris-waris seperti terma-terma persetujuan.

PERMOHONAN SURAT KUASA MENTADBIR

Pada masa yang sama, waris-waris si mati juga buat permohonan surat kuasa mentadbir di Mahkamah Tinggi Sivil. Mahmud telah dilantik sebagai pentadbir, bersama-sama Alif.

Dalam terma permohonan surat kuasa mentadbir, dinyatakan Pejabat tanah perlu mendaftar bahagian-bahagian pemilikan kepada waris-waris si mati berdasarkan perintah penghakiman persetujuan Mahkamah Tinggi Syariah.

DEFENDAN-DEFENDAN ENGGAN MENDAFTAR DAN MENURUN MILIK HARTA PUSAKA.

Pejabat tanah memaklumkan yang mereka tidak boleh membuat pendaftaran dan meminta pentadbir-pentadbir membuat permohonan pembahagian dahulu di Mahkamah Tinggi Sivil.

Mahmud dan Alif kemudian membuat tuntutan terhadap Pejabat tanah dan agensi kerajaan lain (Defendan-defendan) kerana keengganan mereka untuk mendaftarkan bahagian waris-waris. Defendan-defendan pula mohon supaya kes ni dibatalkan.

ADAKAH PENGHAKIMAN PERSETUJUAN MAHKAMAH TINGGI SYARIAH MEMADAI?

Mahkamah menyatakan bahawa perintah penghakiman persetujuan Mahkamah Tinggi Syariah antara waris-waris untuk pembahagian harta sepatutnya dijadikan asas kepada permohonan pembahagian di Mahkamah Tinggi Sivil.

Selepas perintah pembahagian dikeluarkan, barulah pentadbir-pentadbir boleh kemukakan kepada Pejabat tanah untuk mendaftar bahagian pemilikan.

TUNTUTAN WARIS-WARIS GAGAL? MENGAPA?

Tindakan pentadbir-pentadbir iaitu Mahmud dan Alif yang menggunakan perintah penghakiman persetujuan Mahkamah Tinggi Syariah untuk mengarahkan Pejabat tanah mendaftar nama-nama waris selepas mendapat perintah pelantikan pentadbir adalah bertentangan dengan peruntukan undang-undang.

Mahkamah akhirnya memutuskan yang Mahmud dan Alif telah gagal menunjukkan suatu kausa tindakan munasabah dalam tuntutan mereka terhadap Defendan-defendan (Pejabat tanah dan lain-lain) dan telah menyalahgunakan proses mahkamah. 

Permohonan Defendan-defendan untuk membatalkan tindakan ini dibenarkan.

APA PERLU BUAT SELEPAS DAH DAPAT PERINTAH SURAT KUASA MENTADBIR?

Mahmud dan Alif sepatutnya membuat permohonan pembahagian dahulu di Mahkamah Tinggi Sivil. Selepas perintah pembahagian diperolehi, Pejabat tanah boleh mendaftarkan bahagian pemilikan waris-waris mengikut penghakiman persetujuan.

Permohonan surat kuasa mentadbir adalah untuk melantik pentadbir sahaja dan ini tidak termasuk perintah pembahagian kepada waris-waris.

Maka, terdapat 2 permohonan yang perlu dibuat. Kedua-duanya adalah permohonan yang berbeza.

ANDA NAK MOHON SURAT KUASA MENTADBIR BAGI HARTA PUSAKA?

Tak tahu nak rujuk siapa?

Dapatkan khidmat guaman daripada peguam profesional kami yang sudah berpengalaman 10 tahun! Hubungi kami sekarang!

Hubungi kami untuk set janji temu:

https://wa.me/60129320086

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *