Apa itu Perintah Penzahiran Mengikut Aturan 24 Kaedah 1?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

Ia merupakan proses mahkamah di mana setiap pihak dikehendaki mendedahkan semua beban bukti yang berada dalam miliknya, kawalan, atau kuasanya yang berkaitan dengan perkara dalam tindakan. Tujuan proses penzahiran ini adalah untuk menyediakan pihak lawan dengan senarai bukti yang berada dalam milik pihak yang tertentu berkaitan dengan isu yang dipertikaikan.

Secara umumnya, kewajipan memberi penzahiran ini terhad kepada kewajipan mengeluarkan dan mendedahkan dokumen-dokumen dalam senarai. 

Yemariposa v Mariposa. Terdapat tiga elemen untuk penzahiran. 

  1. Dokumen mesti dikenalpasti
  2. Dokumen yang Ingin Dicari mestilah relevan
  3. Dokumen mesti berada dalam milikan, jagaan, atau kuasa individu yang memohon Perintah penzahiran dibuat.

Jenis-Jenis Dokumen

Aturan 24 Kaedah 3(4) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, terdapat 4 jenis dokumen yang relevan untuk pihak-pihak memohon Perintah penzahiran,

  1. Dokumen yang pemohon bergantung, 
  2. Dokumen yang memberi kesan kepada kes sendiri, 
  3. Dokumen yang memberi kesan kepada pihak lawan,
  4. Dokumen yang menyokong kes pihak ketiga

Dalam kes Raja Letchumi A/L Kiri v Viknes Rishnu A/L Kirri,

Dokumen yang dipohon oleh pemohon adalah:

  1. Penyata Akaun di Public Bank, Maybank dan CIMB
  2. Butiran pembelian kereta mewah/antik di bawah nama Syarikat
  3. Butiran bengkel atau gudang untuk penyimpanan kereta mewah/antik yang didakwa berada dalam milikan Syarikat
  4. Invois yang dikeluarkan oleh Syarikat
  5. Bukti pembayaran yang dibuat oleh pembeli/pelanggan
  6. Invois untuk pembelian alat ganti untuk membaiki kereta
  7. Laporan Audit Syarikat dari tahun 2014 sehingga 2022

Bukti untuk Menunjukkan Keperluan Perintah Penzahiran

Aturan 24 Kaedah 8 

Dalam kes Impi Selia v Krishna Venu, untuk membuktikan keperluan di bawah Kaedah 8, Plaintif memikul beban undang-undang untuk membuktikan kepada pihak Mahkamah bahawa permohonan Plaintif berkenaan Perintah penzahiran terhadap responden adalah diperlukan.

  1. Untuk menyelesaikan tuntutan yang belum selesai dengan adil 
  2. Untuk menjimatkan kos dan pemberian perintah tersebut tidak akan menyebabkan ketidakadilan.

Pemeriksaan Dokumen

Aturan 24 Kaedah 5

Dokumen yang didedahkan perlu diperiksa terlebih dahulu, dan pihak berkenaan dibenarkan untuk membuat salinan ke atas dokumen tersebut. 

Terdapat 2 cara untuk memeriksa dokumen, antaranya: 

  1. Kaedah 9 

Pemeriksaan dokumen yang dirujuk dalam senarai menggunakan Borang 40 dan harus disertakan dalam tempoh 7 hari selepas perkhidmatan di mana dokumen boleh diperiksa di tempat yang dinyatakan dalam notis. 

  1. Kaedah 10 

Merujuk kepada dokumen yang disebut dalam pliding dan afidavit. Mana-mana pihak berhak menghantar notis dalam Borang 41 kepada pihak lain yang dirujuk dalam pliding atau afidavit, membenarkan pemeriksaan dan salinan ke atas dokumen yang diperlukan. Kaedah 10 menetapkan masa dan tempat pemeriksaan,biasanya dalam tempoh 7 hari di tempat yang ditetapkan.

Anda perlukan jawapan dan jalan penyelesaian dalam tindakan undang-undang? Dapatkan khidmat nasihat guaman dari peguam-peguam kami di Liyana & Co. 

Peguam-peguam kami mempunyai 10 tahun pengalaman dalam menyelesaikan masalah perundangan yang kompleks.

“Peguam & Penyelamat Anda!” 

📞📱Jom set temujanji dan hubungi kami di talian:

https://wa.me/60123640086

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *