Apakah yang dimaksudkan dengan ‘strict liability?’
‘Strict liability’ adalah situasi di mana Defendan dianggap bersalah kerana melakukan sesuatu kesalahan jenayah tanpa mengambil berat faktor sama ada Defendan tersebut mempunyai niat ataupun tidak untuk melakukan jenayah tersebut.
Apakah elemen-elemen ‘strict liability’ yang perlu dibuktikan?
1. Terdapat perkara-perkara bahaya.
2. Terdapat penyimpanan benda-benda secara sengaja.
3. Plaintif perlu membuktikan bahawa benda-benda atau perkara-perkara pergi ke tempat yang berada di bawah kawalan Defendan.
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘vicarious liability?’
‘Vicarious liability’ adalah situasi dimana seseorang itu bertanggungjawab ke atas sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh orang lain, walaupun individu yang dipertanggungjawab itu tidak melakukan kesalahan tersebut dengan sengaja. ‘Vicarious liability’ selalu diaplikasikan dalam hubungan antara majikan dan pekerja, walau bagaimanapun, ia juga boleh diaplikasikan dalam situasi-situasi lain juga.
Apakah elemen-elemen ‘vicarious liability’ yang ada perlu tahu?
- Terdapat tindakan salah yang dilakukan
2. Terdapat hubungan istimewa antara individu yang disyaki dan juga pesalah itu sendiri dan hubungan istimewa ini wujud antara majikan dan pekerja.
3. Tindakan yang salah itu mestilah dilakukan dalam waktu pekerjaan.
Apakah perbezaan antara ‘strict liability’ dan ‘vicarious liability?’
‘Strict liability’ memerlukan Defendan terlibat secara peribadi dalam kesalahan tersebut manakala ‘vicarious liability’ tidak memerlukan Defendan tersebut terlibat secara peribadi dalam kesalahan jenayah, tetapi, mengaitkan Defendan tersebut dalam kesalahan yang telah dilakukan oleh orang lain kerana wujudnya hubungan majikan dan pekerja.
Contoh situasi ‘strict liability’: A mempunyai seekor anjing bernama James. Suatu hari, A membawa anjingnya pergi bersiar-siar. James secara tiba-tiba bertindak di luar kawalan apabila ternampak seekor anjing lain, Jake dan menyerang anjing tersebut bersama-sama pemiliknya, B. Jake dan pemiliknya, B mengalami kecederaan yang amat parah. Dalam situasi ini, A mempunyai ‘strict liability’ terhadap B.
Contoh situasi ‘vicarious liability’: D adalah pekerja kepada sebuah syarikat, MNO Sdn Bhd. Ketika dalam perjalanan untuk menghantar barang dengan menggunakan kereta milik MNO Sdn Bhd, D melanggar lampu merah dan telah mengalami kemalangan dengan kereta lain. Kereta tersebut dan pemiliknya, F, mengalami kerosakan dan kecederaan yang teruk. Dalam situasi ini, MNO Sdn Bhd, sebagai majikan kepada D dipertanggungjawabkan atas kesalahan D, kerana D melakukan kesalahan tersebut dalam tempoh pekerjaannya bersama MNO Bhd.
Apakah kes yang telah diputuskan di Mahkamah berkenaan ‘vicarious liability?’
Dalam K Sdn Bhd dan Amirul [2022] 6 MLJ 369, Amirul, responden memfailkan saman terhadap Jaafar dan perayu, K Sdn Bhd. Jaafar bekerja di K Sdn Bhd sebagai pengawal peribadi dan, semasa bertugas, dia menembak dan membunuh Dato’ M dengan senjata api yang disediakan oleh K Sdn Bhd. Dia turut menembak Amirul ketika Amirul menghampiri tempat kejadian. Amirul menyaman Jaafar kerana menyebabkan dia cedera dan K Sdn Bhd untuk ‘vicarious liability’, dan mendakwa K Sdn Bhd harus bertanggungjawab atas tindakan Jaafar.
Keputusan Mahkamah Tinggi memihak kepada Amirul dan mendapati kedua-dua Jaafar dan K Sdn Bhd bertanggungjawab untuk ganti rugi. Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, dan rayuan difailkan terhadap keputusan itu. Rayuan itu akhirnya ditolak kerana Mahkamah mendapati bahawa tindakan Jaafar berkait rapat dengan pekerjaannya sebagai pengawal peribadi dalam K Sdn Bhd dan menjadikan K Sdn Bhd bertanggungjawab atas perbuatan salah Jaafar.
Nak tahu kes-kes lain yang boleh membantu anda? Hubungi kami sekarang!
�� Hubungi kami di talian:
“Peguam & Penyelamat Anda!”