Anda terjerat dalam penipuan perjanjian perniagaan?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

Situasi: 

Anda baru sahaja berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan kosmetik yang dijamin bahawa ianya dirumus khas di negara Korea Selatan. Anda juga telah mengeluarkan modal sebanyak ribuan ringgit untuk membeli kosmetik tersebut secara pukal. Malangnya apabila kosmetik tersebut sampai di Malaysia, anda telah dapati bahawa kosmetik tersebut bukanlah dirumus khas dari Korea. Malahan ianya hanyalah produk-produk yang mengandungi kandungan berbahaya seperti merkuri dan tidak berkualiti yang telah diperbuat dari negara Indonesia.

Apakah tindakan undang-undang yang anda boleh ambil untuk menuntut ganti rugi dan wang yang anda telah keluarkan?

Apakah hak anda di dalam undang-undang?

Salah nyata fraud berlaku di mana apabila seseorang itu dengan sengaja telah membuat pernyataan yang tidak benar dengan niat untuk memperdaya anda untuk memasuki satu perjanjian perniagaaan dengannya dan akibat daripada itu, anda telah mengalami kerugian oleh kerana pernyataan yang tidak benar tersebut

Seksyen 17 (a) Akta Kontrak 1965 menyatakan bahawa salah nyata fraud adalah apabila terdapat fakta atau pernyataan yang tidak benar diberikan oleh seseorang dengat niat untuk menipu atau memperdaya orang lain untuk memasuki kontrak dengannya.

Apakah cara untuk anda membuktikan bahawa terdapatnya salah nyata fraud dalam perjanjian?

1. Apabila ada pernyataan atau maklumat yang tidak benar daripada Defendan kepada Plaintif samada dalam bentuk kata-kata atau perbuatan;

2. Defendan mestilah mengerti bahawa pernyataan yang dikeluarkan adalah tidak benar dan tahu ianya tidak tepat;

3.Defendan mengetahui bahawa Plaintif akan bergantung kepada pernyataan yang diberikan Defendan;

4. Defendan bertindak seperti mana yang dinyatakan dan;

5. Plaintif mengalami kerugian

Remedi di bawah undang-undang bagi kes salah nyata fraud:

Anda berhak untuk membatalkan kontrak dan jika begitu:

1. Kedua-dua belah pihak adalah dibebaskan daripada syarat dan kewajipan di bawah kontrak dan setiap pihak boleh menuntut apa-apa faedah yang telah diberikan kepada salah satu pihak;

2. Anda juga boleh menuntut gantirugi untuk kerugian yang anda alami akibat daripada salah nyata fraud tersebut.

Seri Ram v Yuki [2021] 10 MLJ 376

Di dalam kes ini, Defendan merupakan pengarah dan pemegang saham terbesar syarikat Bersh Sdn Bhd. Pada bulan Mei 2014, Defendan telah menawarkan kepada Plaintif untuk membeli dua bidang tanah daripadanya. Defendan telah menunjukkan salinan geran-geran tanah tersebut kepada Plaintif di mana, di situ tertulis bahawa Bersh Sdn Bhd adalah pemilik sah kepada tanah-tanah tersebut.

Setelah Plaintif mendapati bahawa Bersh Sdn Bhd adalah pemilik sah kepada tanah-tanah tersebut, Plaintif telah berminat untuk membelinya dan membayar deposit RM200,000.00 kepada peguamcara yang mewakili Bersh Sdn Bhd dalam yang menguruskan transaksi hartanah itu sebagai ‘stakeholder’.

Pada September 2014, Plaintif telah menjalankan carian bagi hartanah-hartanah tersebut dan telah mendapati bahawa pemilik berdaftarnya adalah Malco Sdn Bhd dan bukanlah Bersh Sdn Bhd.

Plaintif kemudiannya telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Defendan atas kesalahan frod dan salah nyata frod kerana telah memperdaya Plaintif untuk memasuki kontrak bersama Bersh Sdn Bhd oleh kerana mempercayai bahawa Bersh Sdn Bhd adalah pemilik sah kepada tanah-tanah tersebut. Plaintif juga menuntut kembali wang bernilai RM200,000.00 untuk dikembalikan semula.

Peguam-peguam kami mempunyai 10 tahun pengalaman dalam menyelesaikan masalah perundangan yang kompleks.

“Peguam & Penyelamat Anda”

📞📱 Jom set temujanji dan hubungi kami di talian: 

https://wa.me/60123640086

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *