LIYANA & CO. | KONSULTASI
UNDANG-UNDANG 2025
STRATEGIC CONSULTATION SYSTEM (PRIVATE INFO)
Greetings! Please note that our lawyers do not provide consultations via WhatsApp, direct messages, or messenger. 📞
💼 STRATEGI KONSULTASI TERKINI
Sesi konsultasi di Liyana & Co. telah distrukturkan semula untuk memastikan :
- Hanya klien yang serius dan bersedia diberikan keutamaan
- Masa peguam digunakan secara optimum
- Klien mendapat clarity, bukan hanya pendapat umum
- Kami tawarkan dua tier konsultasi mengikut tahap keseriusan dan keperluan anda.
🔹 TIER 1: "FILTER & FIRST AID" CONSULTATION
Untuk bantu anda dapat pencerahan awal dan tentukan langkah pertama.
(A) Sesi Ringkas (15 min)
▪️ Format: Panggilan Telefon Sahaja
▪️ Fokus: Isu kecil / semakan ringkas
▪️ Yuran: RM*** (dibayar sebelum sesi)
(B) Sesi Strategi (25 min)
▪️ Format: Google Meet / Bersemuka
▪️ Fokus: Isu berat + semakan dokumen (max 5 mukasurat)
▪️ Yuran: RM***
▪️ BONUS: Jika fail dibuka dalam masa 5 hari, yuran ini ditolak dari kos guaman penuh.
🏆 TIER 2: PREMIUM STRATEGIC SESSION
Untuk klien yang serius nak “plan their next legal move” secara profesional.
(C) Sesi Taktikal Premium (45 min)
▪️ Format: Google Meet / Bersemuka
▪️ Termasuk: Dokumentasi bertulis (1-pager legal summary)
▪️ Yuran:
RM*** (Zoom)
RM*** (Face-to-Face)
RM*** (dengan written plan)
▪️ BONUS: Jika fail dibuka dalam masa 5 hari, yuran ini juga boleh ditolak dari kos guaman penuh (tertakluk kepada kelulusan dan skop kes).
🔐 FAQ UNTUK KLIEN:
1. Bagaimana nak tempah sesi?
Isi borang intake dahulu. Hanya klien yang layak akan diberikan pautan bayaran dan tarikh sesi.
2. Boleh tak minta anggaran harga terus?
Kami hanya beri sebut harga selepas isu anda disemak secara profesional.
3. Boleh tanya soalan melalui DM/WhatsApp?
Tidak. Semua soalan hanya dijawab dalam sesi rasmi berbayar.
🧑🤝🧑 GROUP CONSULTATION OPTION (HIBAH/PEWARISAN)
Untuk peserta yang ingin faham asas hibah, faraid, pengurusan harta & perancangan pusaka tanpa tekanan private session.
(D) Sesi Group Consultation (1 jam)
▪️ Format: Online (Google Meet) bersama peserta lain
▪️ Topik: Asas hibah, risiko faraid, dan strategi pemilikan harta
▪️ Yuran: RM** seorang (bayaran awal, tempat terhad)
▪️ Siapa sesuai: Wanita berduit yang nak faham undang-undang sebelum jumpa peguam 1-on-1
▪️ BONUS: Diskaun RM** diberikan jika peserta join sesi 1-on-1 dalam masa 7 hari selepas group session
Langkah pertama:
- Isi borang permohonan
- Kami akan review isu anda
- Anda akan ditawarkan pilihan sesi konsultasi yang sesuai
Terima kasih kerana memilih untuk dilayan secara profesional.
🔒 TERMA & SYARAT KONSULTASI:
✅ Janji Temu & Penjadualan
Sesi konsultasi hanya disediakan melalui janji temu yang telah disahkan. Slot akan dijadualkan pada hari bekerja (Isnin – Jumaat) berdasarkan ketersediaan kedua-dua pihak.
⚖️ Hubungan Peguam-Anakguam
Nasihat yang diberikan dalam sesi ini bersifat umum dan tidak membentuk hubungan peguam-anak guam, kecuali jika terdapat pelantikan rasmi secara bertulis.
🚧 Pengesahan Identiti
Untuk tujuan pengesahan identiti, anda diminta mengemukakan salinan jelas kad pengenalan (depan & belakang) atau pasport sebelum sesi berlangsung.
📆 Tanggungjawab Maklumat
Nasihat hanya akan diberikan berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh anda semasa sesi. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang maklumat yang tidak dimaklumkan atau disembunyikan secara sengaja atau tidak.
🕓 Slot Terhad
Slot harian adalah terhad dan akan ditetapkan mengikut giliran. Sekiranya slot penuh, anda akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu untuk sesi seterusnya.
🕗 Had Masa & Komunikasi Selepas Sesi
Sebarang pertanyaan selepas sesi tidak akan dilayan kecuali anda telah menempah dan membuat bayaran untuk sesi konsultasi susulan.
🔔 Penangguhan Janji Temu
Sebarang penangguhan perlu dimaklumkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum waktu sesi. Penangguhan lewat atau tidak hadir tanpa makluman akan dianggap terbatal tanpa pemulangan bayaran.
📄 Dokumen & Semakan
Dokumen (maksimum 5 mukasurat) hanya akan disemak dalam sesi 25 minit ke atas. Jika masa tidak mencukupi untuk penjelasan penuh, sesi akan ditamatkan, dan klien boleh memilih untuk menempah sesi lanjutan.
👥 Bilangan Hadirin
Maksimum dua (2) orang dibenarkan hadir dalam sesi. Untuk tambahan, sila maklumkan sebab dan dapatkan kebenaran terlebih dahulu.
❌ Pembatalan & Kehilangan Bayaran
Pembatalan janji temu tidak dibenarkan atas apa jua sebab. Namun, anda dibenarkan menangguh sesi maksimum dua kali sahaja. Kegagalan hadir selepas dua penangguhan akan menyebabkan bayaran tersebut dikira hangus.
💳 Bayaran Tidak Lengkap / Tidak Sama
Jika anda membuat bayaran selain daripada jumlah yang telah ditetapkan, pembayaran tersebut akan dianggap tidak lengkap dan sesi tidak akan dijadualkan sehingga baki diselesaikan sepenuhnya.
Tiada pemulangan wang untuk bayaran separa atau tidak tepat kecuali dengan persetujuan bertulis daripada pihak Liyana & Co.
💕 Penutup
Terima kasih atas kepercayaan anda kepada Liyana & Co. Kami doakan sesi ini memberi pencerahan, kekuatan dan hala tuju yang jelas buat anda.
Dokumen ini sulit dan hanya untuk kegunaan klien yang layak sahaja. Tidak dibenarkan dikongsi atau diterbitkan tanpa kebenaran bertulis Liyana & Co.