Bila Satu Ciapan Jadi Hutang Undang-Undang
Semuanya bermula dengan sebuah stroller. Sebuah stroller bernilai RM3,000 — dibeli seorang suami selepas terlupa membawa stroller sedia ada di rumah. Kesilapan kecil, yang sepatutnya habis di situ. Namun apabila sebuah portal berita menulis kisah itu, cerita kecil ini mula membesar. Apa yang asalnya hanya satu liputan ringan, bertukar menjadi gosip hangat. Netizen mula bersuara….