Ramai majikan fikir cara paling senang untuk buang pekerja adalah tulis mesej ringkas dalam WhatsApp group: “You’re fired.” Nampak mudah, semua orang dalam group pun tahu serta-merta. Tapi undang-undang buruh Malaysia tidak benarkan proses sesuka hati begini.
Setiap pekerja berhak diberi peluang untuk bela diri, melalui proses yang dipanggil domestic inquiry. Kalau majikan gagal ikut prosedur ini, pekerja boleh cabar tindakan itu di Mahkamah Perusahaan atas alasan unfair dismissal.
Ada banyak kes yang menunjukkan pekerja akhirnya dibayar pampasan walaupun sudah dipecat, hanya kerana majikan tak ikut aturan undang-undang.