– Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Amanah Raya Berhad)

– Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Bahagian Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan)

 

– Akta Probet dan Pentadbiran 1959

  *Tanpa surat wasiat: Surat kuasa mentadbir

   *Ada surat wasiat: Geran probet

– Akta Wasiat 1959

JENIS-JENIS HARTA PUSAKA

– Duit simpanan dalam bank

– Wang Tunai

– KWSP

– Saham

– Kenderaan

– Pampasan insurans/takaful

 

– Rumah kediaman

– Tanah bergeran

BIDANG KUASA INSTITUSI BERKENAAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA (1)

 

Azim dan satu lagi lwn Malek dan lain-lain [2022] MLJU 671 – bukan nama sebenar

WARIS BEREBUT DUIT SEWAAN BERKENAAN HARTA PUSAKA!

Kes melibatkan hartanah-hartanah yang telah disenaraikan sebagai harta pusaka milik arwah bernama Hj Borhan melalui permohonan surat kuasa mentadbir di Mahkamah Tinggi. Azim adalah anak kepada Hj Borhan. Malek adalah waris kepada arwah bernama Ali, Ali pula adalah anak Hj Borhan. Hartanah-hartanah arwah Hj Borhan telah diisytiharkan oleh Mahkamah Rayuan Syariah (MRS) untuk dibahagikan secara faraid kepada waris-waris. Sebelum keputusan MRS dikeluarkan, Malek dan waris lain telah menyewakan 4 unit rumah kedai di atas 4 hartanah yang terlibat. Duit sewaan telah diambil. Azim membuat tuntutan terhadap Malek berkenaan bayaran sewa yang telah diterima daripada 4 hartanah tersebut

Azim dan satu lagi lwn Malek dan lain-lain [2022] MLJU 671 – bukan nama sebenar.

PERMOHONAN TUNTUT DUIT SEWA DITOLAK OLEH MAHKAMAH!

Perintah surat kuasa mentadbir ini tidak boleh digunakan untuk memberi kuatkuasa kepada Azim untuk memasukkan jumlah sewaan yang telah dikutip terdahulu dari Perintah sebagai sebahagian kepada harta pusaka arwah Hj Borhan. Mahkamah berpandangan bahawa Mahkamah ini tidak mempunyai bidangkuasa untuk menentukan sewaan yang telah dikutip tersebut adalah sebahagian dari pusaka yang perlu dibahagikan menurut faraid. Mahkamah tidak perlu menentukan di peringkat ini sama ada Azim telah membuktikan jumlah wang yang dikutip tersebut adalah jumlah yang sebenarnya dikutip oleh Malek.

ADA PERSOALAN MENGENAI PENTADBIRAN HARTA PUSAKA?

Tapi tak tahu nak rujuk siapa?

Dapatkan khidmat guaman daripada peguam profesional kami yang sudah berpengalaman 10 tahun! Hubungi kami sekarang!

Hubungi kami untuk set janji temu:

https://wa.me/60123640086

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *