“Sepupu saya telah meminjam duit saya hampir RM35K dan mengelak untuk membayar. Apa tindakan yang boleh saya lakukan.”
SOALAN:
Sy ingin bertanya bagaimana untuk saya menuntut hutang berjumlah hampir RM35K? Sepupu saya
pinjam dengan saya pada awal tahun 2023, janji nak bayar sebelum raya tapi masih tiada apa-apa
bayaran sehingga sekarang dan menjauhkan diri. Apa tindakan yang saya boleh lakukan?
JAWAPAN:
Boleh berbincang bersama secara bersemuka untuk dapatkan kepastian bayaran hutang tersebut.
Berikan tempoh masa juga untuk pembayaran semula. Selepas tamat tempoh dan masih tidak
dibayar, boleh melantik peguam untuk keluarkan notis tuntutan. Di firma kami, kami akan
meletakkan klausa dimana penghutang masih boleh berunding dan hanya melalui kami sebagai
pengantara.
Apakah yang boleh dianggap sebagai hutang?
Hutang mungkin terjadi dari pinjaman daripada institusi kewangan, pinjaman dari individu, penyewa
yang mungkin berhutang sewa kepada tuan rumah mereka atau lain-lain. Bagi perniagaan yang
berkaitan dengan pembelian dan penjualan barangan, hutang mungkin timbul daripada barangan
atau harta yang telah dihantar tetapi masih belum dibayar oleh pembeli. Jika anda seorang
pembekal perkhidmatan, anda juga boleh menyaman untuk bayaran tertunggak atau belum dibayar
untuk perkhidmatan yang diberikan.
Apakah tempoh had masa?
Anda mesti sedar bahawa terdapat had masa untuk membawa tindakan terhadap penghutang dan
anda mesti memastikan bahawa anda memulakan tindakan dalam masa yang dibenarkan oleh
undang-undang. Menurut Akta Had 1953[1], anda mempunyai enam tahun dari tarikh akhir
pembayaran untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap penghutang.
Berikut adalah beberapa langkah untuk menuntut hutang:
- Menyelesaikan hutang secara damai: Langkah pertama yang sebaiknya dilakukan adalah cuba
menyelesaikan hutang secara damai dengan penghutang. Jika tidak berhasil, barulah meneruskan
langkah berikutnya. - Mengumpulkan bukti: Pastikan anda memiliki semua bukti yang diperlukan untuk menguatkan
kes anda. Ini termasuk perjanjian atau kontrak yang ditandatangani oleh anda dan penghutang,
bukti pembayaran dan komunikasi bertulis atau rakaman percakapan yang relevan. - Dapatkan nasihat guaman: Sebaiknya anda dapatkan khidmat nasihat guaman dari peguam yang
professional untuk memastikan anda memiliki strategi yang tepat dalam menuntut hutang di
Mahkamah.
Pemiutang Penghakiman dan Penghutang Penghakiman
Apabila mendapat penghakiman daripada mahkamah, individu atau syarikat yang memihak kepada
penghakiman itu akan dirujuk sebagai “Pemiutang Penghakiman”, individu atau syarikat yang
menentang penghakiman akan dikenali sebagai “Penghutang Penghakiman”. Pemiutang
penghakiman kemudiannya berhak untuk menuntut jumlah yang dinyatakan dalam penghakiman
(“hutang penghakiman”) daripada Penghutang Penghakiman. Jika Penghutang Penghakiman enggan
membayar hutang penghakiman, terdapat beberapa cara yang anda sebagai Pemiutang
Penghakiman boleh pertimbangkan untuk mendapatkan semula hutang penghakiman daripada
Penghutang Penghakiman.
Cara untuk mendapatkan semula Hutang Penghakiman:
- Saman Penghutang Penghakiman
- Prosiding Garnishee
- Writ Penyitaan dan Penjualan
- Prosiding Penggulungan
- Prosiding Kebankrapan
- Perintah Komitmen
Inginkan nasihat lanjut? Hubungi kami sekarang!
“Peguam & Penyelamat Anda!”