“Segala terma tertakluk kepada budi bicara pihak A.”

Ayat ni nampak sopan, tapi hakikatnya — semua kuasa ada di tangan pihak A. Dia boleh tukar tarikh bayar, ubah skop kerja, atau batalkan kontrak tanpa tanya.
 Kalau awak komplen? Dia cuma kata “ikut budi bicara saya.”

Jangan biar satu ayat buat bisnes awak rugi besar.

✅ Minta klausa ni dihadkan atau diseimbangkan dengan hak anda sebagai pihak B.

Selalu jumpa ayat ni dalam MOU? Jangan sign sebelum semak dengan peguam.

“Pihak A tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian.”

Kedengaran standard, kan? Tapi ayat ni lindungi pihak A daripada apa-apa kesan — walaupun dia cuai atau langgar janji.

Bayangkan: sistem dia rosak, data awak hilang, atau servis dia gagal. Bila tuntut? Dia tunjuk ayat ni.

✅ Semua pihak mesti bertanggungjawab atas kecuaian sendiri. Jangan biar kontrak berat sebelah.

Nak elak rugi berjuta sebab satu ayat? Dapatkan review kontrak dari legal team kami.

“Bayaran mesti dijelaskan dalam tempoh 60 hari.”

60 hari mungkin okay untuk syarikat besar. Tapi kalau awak freelancer atau SME, itu boleh bunuh cashflow.

Sementara tunggu payment, awak kena bayar staff, sewa, supplier. Sedar-sedar akaun bank tinggal dua angka.

✅ Negotiate: bayaran deposit, milestone payment, atau shorten payment term.

Jangan biar kontrak buat bisnes awak sengsara. Semak dulu sebelum setuju.

“Kontrak ini berkuatkuasa sebaik sahaja ditandatangani.”

Masalahnya: belum mula kerja, belum terima deposit — tapi kontrak dah berjalan.

Kalau berlaku dispute, pihak satu lagi boleh dakwa awak breach kontrak. Padahal awak ingat nak mula lepas payment clear.

✅ Letakkan klausa ‘berkuat kuasa selepas syarat tertentu dipenuhi’ (contohnya: selepas bayaran dibuat).

Jangan sign kontrak yang aktif sebelum awak bersedia.

“Pihak B bersetuju untuk melaksanakan tugas sebaik mungkin.”

Niat ayat ni baik, tapi bahaya sebab tak jelas.

Apa maksud “sebaik mungkin”? Tiada KPI, tiada skop kerja jelas, tiada hasil yang boleh diukur. Nanti klien tak puas hati, awak susah nak defend.

✅ Nyatakan skop, deliverables & tempoh masa dengan spesifik.

Nak pastikan kontrak awak lindungi reputasi & hasil kerja? Rujuk team legal.

“Pihak A berhak menamatkan kontrak pada bila-bila masa.”

Ayat ni beri mereka ‘exit’ tanpa tanggungjawab. Bayangkan awak dah keluarkan modal, beli barang, atau hire orang — tiba-tiba mereka terminate.

Kontrak sepatutnya jaga kedua-dua belah pihak, bukan satu pihak je yang bebas tarik diri.

✅ Letakkan klausa notis 30 hari & pampasan jika terminate secara tiba-tiba.

Jangan sign kontrak yang buat awak tanggung semua risiko sendiri.

“Sekiranya berlaku pertikaian, keputusan Pihak A adalah muktamad.”

Ini bukan klausa — ini ‘perangkap’.

Kalau ada isu, keputusan mereka tak boleh dicabar? Mana keadilan? Awak terus hilang hak untuk membawa isu ke mahkamah atau timbang tara.

✅ Semua pertikaian patut melalui saluran bebas, bukan sebelah pihak je yang jadi ‘hakim’.

Hapuskan klausa berat sebelah sebelum ia hapuskan hak anda.

https://wa.me/60123640086

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment