Firm kami ada terima banyak inquiry dari macam macam latar belakang. Ada yang datang dengan penuh keyakinan, ada juga yang menangis sambil hulur surat saman. Tapi ada satu klien ni kami masih ingat sampai sekarang.
Dia datang ke office pada awal pagi, dengan membawa satu file plastik lusuh dan juga wajahnya yang tak tidur malam. Tangan dia menggigil sewaktu menghulur surat saman tu. Bila kami tengok nama plaintif, saya tahu ini bukan kes biasa-biasa. Kes ni akan membuka mata dia, dan sebenarnya… juga buka mata kami semula.
Client kami ni merupakan owner sebuah kafe kecil, baru setahun beroperasi. Jadi tak besar, tak mewah. Tapi cukuplah untuk memberi kerja pada tiga orang anak muda dan menampung hidupnya sekeluarga. Katanya, dia buka kafe tu lepas kena VSS dari kilang. Katanya nak tukar angin, nak hidup dengan lebih tenang.
Tapi ada satu kejadian yang telah mengubah semuanya.
Seorang staf client kami ni, dia baru dua minggu kerja— secara tak sengaja staff tersebut tuang kopi panas yang terkena pelanggan. Pelanggan tu bawa anak kecil, dan budak tu lah yang terkena. Habis melecur badannnya.
Lepas kejadian tu, klien saya membuat permohonan maaf, menanggung semua kos untuk bil rawatan dan menghantar parcel buah tangan. Tapi rupanya, itu tak cukup. Surat saman menyusul dua minggu lepas kejadian.
Saya boleh nampak dia betul-betul terkesan. Bukan sebab duit semata-mata, tapi sebab dia rasa… dikhianati oleh sistem. “Puan… saya tak buat pun. Saya tak tahu pun. Macam mana saya boleh salah?”
Dalam hati saya, jawapannya jelas. Tapi saya tahu berat untuk dia terima. Vicarious liability — satu konsep undang-undang yang selalu mengejutkan orang yang baru berniaga.
Sebagai peguam, saya terangkan secara perlahan. Bahawa dalam undang-undang tort, seorang majikan boleh dipertanggungjawabkan atas salah laku atau kecuaian pekerjanya, asalkan kesalahan itu berlaku semasa mereka menjalankan tugas. Tak perlu niat. Tak perlu penglibatan langsung. Cukup staf itu bertindak dalam lingkungan kerja — maka majikan terheret sama.
Saya nampak mata dia mula kabur. Bukan sebab marah, tapi kecewa. Selama ni dia jaga staf macam keluarga. Tapi satu silap, satu cawan kopi… boleh runtuhkan semuanya. Kes tu akhirnya selesai melalui mediasi. Tapi selepas selesai semua, dia tulis satu mesej ringkas pada saya:
“Saya sangka tanggungjawab saya habis bila saya bayar gaji. Rupanya… saya juga kena tanggung semua silap mereka.”
Saya baca mesej tu berkali-kali. Kerana dalam ayat pendek itu, ada kesedaran besar yang ramai majikan tak tahu. Berniaga bukan sekadar soal jual produk dan dapat untung. Berniaga bermaksud — anda bertanggungjawab atas sistem yang anda bina. Atas manusia yang anda ambil bekerja. Atas keputusan mereka, walaupun bukan anda yang buat.
Sejak kes tu, saya makin rajin tanya klien baru:
“Ada tak SOP kerja? Ada tak training staf? Ada tak insurans liabiliti awam?”
Dan jawapan mereka hampir sama:
“Tak pernah terfikir.”
Saya tak salahkan mereka. Undang-undang memang senyap, sampai ia datang ketuk pintu. Vicarious liability bukan tentang menghukum, tapi tentang pencegahan. Supaya setiap orang dalam sistem itu — majikan, staf, pelanggan — lebih dilindungi. Dan bagi saya sebagai peguam, itu bukan sekadar satu prinsip undang-undang.
Itu adalah tanggungjawab moral yang sebenar.
Case : Desiree Couture Sdn Bhd & Anor v Anne F Co Ltd & Ors [2016] 10 MLJ 315