Menang Kes, Tapi Tak Dapat Apa-Apa?

Ramai orang ingat bila menang kes mahkamah, automatik wang pampasan akan diterima. Realitinya? 

Kadang-kadang, pihak yang kalah enggan bayar, sembunyi harta, atau lari tanggungjawab. 

Jangan tunggu!

Guna Saman Penghutang Penghakiman (JDS) untuk paksa mereka hadir ke mahkamah dan bongkar segala aset dan akaun bank mereka.

Kalau mereka tipu, lari, atau tak hadir – boleh dipenjara. 

�� Ramai klien kami tak tahu mereka boleh ambil langkah ni. Anda? 

�� Liyana & Co. tahu bagaimana nak guna JDS untuk cipta tekanan undang-undang yang sah.

Rampas dan Jual !

Mereka ada kereta? Mesin? Saham? Guna Writ Sitaan & Jualan – 

Mahkamah boleh rampas dan jual. 

✔ Jangan risau prosedur, kami urus.

✔ Elakkan sita barang asas – kami tahu sempadannya.

Ambil Duit Terus Dari Akaun Bank Mereka

Kalau tahu akaun bank mereka – tak perlu berdepan terus. Guna Prosiding Garnisi – bank bayar terus pada anda! 

�� Kami hanya perlukan nama bank & nombor akaun. Selebihnya, kami uruskan. 

Isytihar mereka Bankrupt ! 

Hutang lebih RM100,000 tapi masih berdegil? Fail Notis Kebankrapan dan Petisyen Pemiutang. 

❌ Tak boleh travel 

❌ Tak boleh jadi pengarah 

❌ Semua aset dibekukan

Penjara jika ingkar perintah mahkamah

Kalau mereka ingkar – mohon Perintah Komital. Mahkamah boleh keluarkan Notis Tunjuk Sebab dan jika gagal, penjara. �� Kami bantu anda capai keadilan bila sabar dah tak cukup.

Strategi Pelaksanaan 3 Langkah

Buntu nak mula dari mana? Guna strategi kami: 

�� Fasa 1: JDS – korek maklumat

�� Fasa 2: Sitaan & Garnisi – rampas & ambil balik 

�� Fasa 3: Kebankrapan / Komital – bila mereka degil

�� Nak tahu apa strategi undang-undang terbaik untuk paksa bayaran? Stay tuned 6 hari lagi – kami bongkarkan semua opsyen pelaksanaan yang sah dan berkesan!

Hubungi kami sekarang

https://wa.me/60123640086


Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment