Ada satu kes yang mengingatkan kita bahawa kekerasan fizikal, walaupun berlaku dalam konflik peribadi, tetap termasuk kesalahan jenayah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Dalam kisah ini, Datin berdepan dengan Datuk selepas mengetahui tentang hubungan sulitnya. Konfrontasi itu berlaku kerana Datin mahu penjelasan — bukan provokasi, bukan kekerasan.
Plot twist yang Datin sendiri tidak sangka: orang yang menjadi pasangan sulit Datuk bukan wanita, tetapi PA peribadi Datuk sendiri — seorang lelaki. Rahsia itu terbongkar, dan emosi Datuk meletup. Dalam kemarahan dan panik, Datuk memukul Datin.
Bagi Datin, kejadian itu membuka satu realiti pahit. Selama hidup dalam kemewahan, dia tidak pernah menyediakan pelan kecemasan. Tiada simpanan sendiri. Tiada akses segera kepada dana. Dan apabila perkara menjadi serius, dia sedar bahawa melindungi diri melalui saluran undang-undang memerlukan persediaan yang rapi.
Apabila kes ini dibawa ke mahkamah, mahkamah menegaskan bahawa bagi kesalahan di bawah Seksyen 323, sabitan bergantung kepada tiga elemen utama: Tertuduh melakukan perbuatan yang sengaja menyebabkan cedera, perbuatan itu dilakukan terhadap mangsa dan perbuatan itu dilakukan dengan niat atau pengetahuan bahawa ia akan mencederakan mangsa.
Dalam kes ini, mahkamah meneliti bukti perubatan dan saksi, dan memutuskan bahawa Datuk bersalah di bawah Seksyen 323. Mahkamah menekankan bahawa walaupun konflik melibatkan isu maruah dan pengkhianatan, asas keadilan tetap bergantung pada bukti yang jelas dan boleh dipercayai.
Kes ini mengingatkan kita bahawa undang-undang tetap menegakkan prinsip asas: kekerasan terhadap orang lain adalah jenayah, dan sabitan dijalankan apabila elemen kesalahan dibuktikan.
Bagi Datin, pengajaran terbesar bukan sekadar tentang undang-undang. Ia tentang persediaan diri, kewangan dan undang-undang. Selalu sediakan dana kecemasan untuk perkhidmatan guaman yang profesional, bagi menghadapi apa-apa malapetaka atau bala diri di kemudian hari. Kerana apabila krisis berlaku, kemewahan dan status tidak menjamin keselamatan.
Lesson learned: Jika anda tahu pasangan anda ada affair. Jangan confront melulu. ALWAYS get proper professional consultation dengan lawyer bertauliah: It can save your life