KEWAJIBAN FIDUSIARI SEORANG PENGARAH SYARIKAT DI BAWAH  UNDANG-UNDANG SYARIKAT 2016.

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

Adakah anda seorang pengarah syarikat? Tahukah anda kewajiban fidusiari  sebagai seorang pengarah syarikat mengikut undang-undang di Malaysia?  

Kewajiban fidusiari seorang pengarah syarikat berdasarkan seksyen 213 (1)  Akta Syarikat 2016 adalah pengarah syarikat hendaklah pada setiap masa  menjalankan kuasanya mengikut Akta ini, bagi maksud yang sepatutnya dan  dengan suci hati untuk kepentingan syarikat. 

APAKAH KEWAJIBAN FIDUSIARI SEORANG PENGARAH SYARIKAT?

Antara kewajiban fidusiari yang perlu diambil kira oleh seorang pengarah  syarikat:  

1. Bertindak jujur demi kepentingan syarikat.  

2. Tidak menggunakan maklumat yang diperolehi dalam kapasiti seorang  pengarah syarikat untuk kepentingan diri sendiri atau pihak selain  syarikat. 

3. Tidak menggunakan kedudukan sebagai seorang pengarah untuk  kepentingan diri sendiri.  

4. Tidak boleh menyimpan atau memegang untung secara rahsia. 

PENGARAH SYARIKAT BOLEH KENA SAMAN KE?

Jika anda tidak menjalankan kewajiban fidusiari anda dengan betul, adakah  anda boleh disaman?  

Ya. Kesan kemungkiran kewajiban fidusiari oleh pengarah syarikat yang  memungkiri kewajiban fidusiarinya adalah anda bertanggungjawab terhadap  kesalahan yang telah dilakukan dan boleh dikenakan penjara bagi tempoh  yang panjang ataupun denda yang berat. 

APAKAH KES YANG TELAH DIPUTUSKAN DI MAHKAMAH?

Antara yang telah diputuskan oleh Mahkamah berkenaan kemungkiran  kewajiban fidusiari adalah Soh v Syn [2019] 2 MLJ 379. Kes ini adalah kes  rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya. Perayu bekerja sebagai ketua  pegawai eksekutif responden. Kira-kira empat tahun selepas pelantikannya  atas jawatan itu, audit dalaman yang dijalankan oleh responden menunjukkan  bahawa perayu telah bertanggungjawab atas beberapa penyelewengan dalam  urusan perniagaan responden dengan dua syarikat lain yang menyebabkan  responden mengalami kerugian besar. Responden menyaman perayu kerana  memungkiri tanggungjawab fidusiarinya sebagai pegawai eksekutif yang  menyebabkannya mengalami kerugian sebanyak RM16,389,788.71.  Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan itu dan memberikan penghakiman  bagi jumlah tersebut. Oleh yang demikian, perayu telah melakukan rayuan  bagi keputusan di Mahkamah Tinggi. 

Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi dan  memutuskan bahawa perayu telah memungkiri tanggungjawab fidusiarinya  sebagai pegawai eksekutif kepada responden. Walau bagaimanapun,  Mahkamah mengenepikan award RM 16,389,788.71 kepada responden atas sebab responden gagal untuk membuktikan tuntutan RM 15, 389, 788.71  tersebut. 

ANDA NAK TAHU APAKAH HUKUMAN MEMUNGKIRI KEWAJIBAN  FIDUSIARI?

Apakah perkara yang boleh dikenakan terhadap anda jika anda tidak  menjalankan tanggungjawab fidusiari sebagai pengarah syarikat dengan  betul? Anda boleh dikenakan hukuman seperti berikut: 

1. Denda atau kompaun. 

2. Penyingkiran daripada menjadi pengarah syarikat. 

3. Pembekuan akaun syarikat. 

KES LAIN YANG TELAH DIPUTUSKAN DI MAHKAMAH.

Kes lain yang telah diputuskan di Mahkamah adalah TL Sdn Bhd v T Sdn  Bhd & Ors [2019] 3 MLJ 510. Dalam kes ini, Defendan-defendan adalah  pengarah TL Sdn Bhd yang mempunyai kewajiban memberikan semua  maklumat kepada TL Sdn Bhd untuk kemajuannya. Dakwaan oleh TL Logistics  adalah bahawa keseluruhan perniagaannya dialihkan ke, dan diperolehi oleh  T Sdn Bhd melalui tindakan dan pengabaian yang mengakibatkan  kemungkiran tanggungjawab fidusiari oleh Defendan Keempat dan Kelima  serta konspirasi untuk memperoleh perniagaan TL Sdn Bhd yang  mengakibatkan kerugian dan kerosakan padanya. Konspirasi ini terdiri  daripada pengalihkan perniagaan, aset dan pekerja yang disengajakan oleh  TL Sdn Bhd kepada T Sdn Bhd oleh Defendan-defendan. 

Oleh yang demikian, tindakan Defendan-defendan yang gagal memberikan  dan mendapatkan persetujuan atau ratifikasi pada mesyuarat agung untuk  penubuhan logam T dan tetap meneruskan tindakan mengabaikan  tanggungjawab fidusiari, Defendan-defendan dengan jelas telah memungkiri tanggungjawab.

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan kewajiban fidusiari seorang pengarah  syarikat? Jangan lepaskan peluang untuk set temu janji bersama peguam peguam kami.Hubungi kami sekarang! 

“Peguam & Penyelamat Anda” 

Hubungi kami di talian: 

https://wa.me/60123640086

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *